Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-78
0
hours
-1
-5
minutes
-2
-4
seconds
-5
-9

Berita Terkini

  • BULAN SEMARAK JAWI πŸŒ™
  • ⚜️ 5th SERIES OF PSSCM’S 55th YEARS ONLINE FORUM | Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran⚜️
  • [RAMADHAN KHATAM CHALLENGE] πŸ“–
  • BULAN SEMARAK JAWI πŸŒ™

Sambutan Aidilfitri PSSCM Meriah!

Written by webteam on . Posted in Berita

Gombak, 17 Oktober 2009 – Seramai lebih 700 orang ahli PSSCM menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri 1430H Peringkat Lembah Kelang anjuran PSSCM Pusat yang diadakan bertempat di Sekolah Taman Ilmu Dan Budi (Setia Budi) Gombak bermula jam 8.00 malam.

Selain dari ahli-ahli dari kelas-kelas latihan sekitar Lembah Kelang, majlis ini turut dihadiri oleh pemimpin dan ahli-ahli dari cawangan PSSCM seluruh Malaysia.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-20 & Sambutan Aidilfitri

Written by webteam on . Posted in Berita

Pada 16 Oktober yang lepas telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UIAM kali ke-20 yang bertempat di Kuliyah Ekonomi.

Antara agenda yang dibincangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan tersebut adalah seperti meluluskan dan mengesahkan Minit Mesyuarat MAT PSSCMUIAM yang ke-19, menerima laporan aktiviti dan penyata kewangan PSSCMUIAM sesi 2008/2009 serta perlantikan AJK PSSCMUIAM yang baru bagi sesi 2009/2010.

Demonstrasi Silat di MAFinACT

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi

Pada 10hb Oktober 2009, PSSCMUIAM telah dijemput untuk mempersembahkan demonstrasi silat cekak pada majlis pembukaan Malaysian Armed Forces in Action 09 (MAFinACT 09).

Persembahan yang berlangsung di Kompleks Sukan Lelaki UIAM itu telah disertai oleh 20 orang skuad demo (9 lelaki dan 11 perempuan) dan diketuai oleh Komanden Khalid bin Mohammad.

Demonstrasi Silat di Convest

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi

 

Pada 8hb Oktober 2009 yang lalu telah berlangsung Demonstrasi Silat Cekak yang bertempat di Convest Hill, UIAM.

Demonstrasi Silat ini diadakan bersempena dengan Majlis Pembukaan Festival Konvokasi UIAM 2009 yang berlangsung dari 8hb hingga 17hb Oktober 2009.

Demo Silat kali ini disertai oleh 10 orang skuad demo dan diketuai oleh Komanden Khalid bin Mohammad.