Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-81
0
hours
-2
-2
minutes
-3
-2
seconds
-1
-8

Berita Terkini

  • BULAN SEMARAK JAWI πŸŒ™
  • ⚜️ 5th SERIES OF PSSCM’S 55th YEARS ONLINE FORUM | Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran⚜️
  • [RAMADHAN KHATAM CHALLENGE] πŸ“–
  • BULAN SEMARAK JAWI πŸŒ™

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-20 & Sambutan Aidilfitri

Written by webteam on . Posted in Berita

Pada 16 Oktober yang lepas telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UIAM kali ke-20 yang bertempat di Kuliyah Ekonomi.

Antara agenda yang dibincangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan tersebut adalah seperti meluluskan dan mengesahkan Minit Mesyuarat MAT PSSCMUIAM yang ke-19, menerima laporan aktiviti dan penyata kewangan PSSCMUIAM sesi 2008/2009 serta perlantikan AJK PSSCMUIAM yang baru bagi sesi 2009/2010.

Antara yang tetamu yang hadir pada malam tersebut adalah Encik Faizal Bin Yusof selaku AJK Pusat, Encik Fuad Bin Arshad selaku Penyelia PSSCMUIAM, tenaga-tenaga pengajar dan juga ahli-ahli PSSCMUIAM.

Majlis bermula dengan ucapan dan perasmian MAT PSSCMUIAM kali ke-20 oleh Encik Faizal Bin Yusof dan kemudian disusuli dengan tayangan video istimewa sempena MAT PSSCMUIAM kali ke-20.

Majlis diteruskan lagi dengan bermulanya Mesyuarat Agung Tahunan PSSCMUIAM Kali ke-20 dengan membincangkan agenda mesyuarat dan disudahi dengan perletakan jawatan oleh barisan AJK PSSCMUIAM sesi 2008/2009.

MAT PSSCMUIAM kali ke-20 sampai ke kemuncak apabila agenda diteruskan dengan perlantikan barisan AJK PSSCMUIAM yang baru bagi sesi 2009/2010. Majlis disudahi dengan ucaptama dari Yang Di-Pertua PSSCMUIAM sesi 2009/2010 iaitu Saudara Aiman Bin Sukindar.

Sejurus selesai Mesyuarat Agung Tahunan PSSCMUIAM kali ke-20 itu, majlis diteruskan lagi dengan Majlis Jamuan Hari Raya PSSCMUIAM.

Dengan berakhirnya MAT PSSCMUIAM kali ke-20 dan Majlis Jamuan Hari Raya PSSCMUIAM, PSSCMUIAM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua committee-committe yang bertungkus-lumus dalam mengendalikan majlis tersebut.

Tidak lupa juga pada barisan AJK PSSCMUIAM sesi 2008/2009, sekalung tahniah dihulurkan atas pengorbanan dan kejayaan dalam melaksanakan tanggungjawab mengendalikan persatuan pada sesi lepas.

Pada barisan AJK PSSCMUIAM sesi 2009/2010 yang baru dilantik, tahniah dan syabas diucapkan atas perlantikan tersebut. Laksanakan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaik mungkin. Selamat maju jaya!

Tags: , ,

Trackback from your site.

Leave a comment