Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-47
-6
hours
0
-7
minutes
-5
-5
seconds
-1
-8

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

Iftar Jamai’e BERSAMA dan BERSATU.

Written by Editor PSSCMUIAM on . Posted in Aktiviti, Berita, Uncategorized

14 Ogos 2012(Selasa)- Pada 10 Ogos yang lalu, PSSCMUIAM telah mengadakan Majlis berbuka puasa bersama Naib Presiden 1, En. Roslin b. Ali Omar. Majlis ini juga turut dihadiri tetamu-tetamu jemputan antaranya Setiausaha Agung, En. Hafiz b. Jamil, Bendahari Agung merangkap Penyelia Kelas Latihan PSSCM Unikl-BMI, En. Suradi b. Abdul Rahman. Turut sama hadir melengkapkan majlis ini adalah Imam jemputan dari Jln Kent, En. Azman Malik , Penasihat PSSCMUIAM, Dr. Adli dan Penyelia PSSCMUIAM, En Fuad b. Arshad serta tenaga pengajar-tenaga pengajar dari PSSCMUIAM dan PSSCM Unikl-BMI.

Majlis yang telah bermula seawal jam 6.30 petang ini telah diadakan di surau dan juga kafe’ bangunan arkitek (KAED) di UIAM. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah berbuka puasa, solat maghrib dan Isyak berjama’ah serta solat tarawih berimamkan En. Azman Malik. Majlis ini dimulakan dengan ucapan dari Penyelia PSSCMUIAM, En Fuad b. Arshad dan seterusnya dari Setiausaha Agung, En. Hafiz b. Jamil serta tazkirah Ramadhan yang penuh bersemangat yang disampaikan oleh Naib Presiden 1, En. Roslin b. Ali Omar. Selepas itu, sesi fotografi diadakan dan disambung dengan Mooreh bersama-sama di kafe’. Majlis ini juga turut menyambut Ulangtahun kelahiran Penyelia PSSCMUIAM, En Fuad b. Arshad serta ahli-ahli PSSCMUIAM. Majlis ini berakhir jam 12.00 tengah malam dengan kehadiran lebih kurang 80 orang tetamu.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada AJK program yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini serta ahli-ahli yang telah memberikan sumbangan sama ada dari segi kewangan, masa, tenaga mahupun buah fikiran. Jutaan terima kasih diucapkan kepada tetamu-tetamu jemputan diatas kehadiran ke majlis ini. Ribuan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada YDP PSSCM Unikl-BMI, En. Uzair dan barisan kepimpinan PSSCM Unikl-BMI diatas kehadiran mereka ke majlis ini. Diharapkan dengan kehadiran ahli-ahli ke majlis seperti ini dapat merapatkan lagi ukhuwah yang telah sedia terjalin serta dapat beramah mesra dengan ahli-ahli dari kelas IPT yang lain. Bersama-samalah kita  BERSAMA dan BERSATU!

Trackback from your site.

Leave a comment