Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-57
-5
hours
-2
-1
minutes
-1
-3
seconds
-3
-1

Berita Terkini

  • π‚π„πŠπ€πŠ πŒπ„ππ˜π€π‡π”π“ 𝐒𝐄𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 ππ„π‘π“π€ππ‰π€πŠ
  • Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-63
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA (1441H/2020M)
  • Ulang Tahun Kelahiran YM Datuk Haji Maideen

Yang Di-Pertua PSSCMUIAM(Gambang)

ydp PSSCMUIAM gambang

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Alhamdu-Lillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnianya, dengan berkat kekasihnya, junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, dengan berkat Β guru-guru kita, karamah dan hikmah kedua ibu bapa kita maka dapatlah kita sama-sama menyiapkan Laman Web Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UIAM.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Β PSSCMUIAM Gombak kerana member ruang kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata di dalam laman web PSSCMUIAM.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa laman web kerana Berjaya menyiapkan laman web Persatuan Seni Silat Cekak UIAM yang sangat interaktif serta mengandungi banyak informasi tentang perjalanan silat cekak di UIAM.

Jujur saya kagum dengan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini sangat terperinci sejak dari awal penubuhannya pada tahun 1988 sehingga kini. Mudah-mudahan, laman web ini akan menjadi wadah dalam merapatkan lagi ukhuwwah antara ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak UIAM dan bekas ahli yang telah menamatkan pengajian di UIAM.

Laman web ini juga diharap dapat menjadi Β medium yang berkesan bagi ahli-ahli menyumbang dalam bentuk material, mahupun pendapat bagi memantapkan lagi perjalanan silat cekak di UIAM.

Akhir kata, saya berharap agar laman web ini dapat mencapai maksud dan tujuan pembinaannya. Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang oleh ahli jawatankuasa laman web untuk menyampaikan sepatah dua Β kata meskipun saya masih setahun jagung di dalam perjuangan seni silat cekak. Kami ahli daripada Β PSSCMUIAM Β Gambang mendoakan agar silat cekak di UIAM terus maju dalam memartabatkan silat melayu dan menghasilkan graduan yang beriman kepada Β Allah dan Rasulnya serta mantap jasmaninya.

Wassalam.

DZULRAZMAN BIN MOHAMAD

Yang Di-Pertua

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UIAM Gambang, Pahang

 

Leave a comment