Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-54
-3
hours
-2
0
minutes
-2
-2
seconds
-4
-4

Berita Terkini

  • π‚π„πŠπ€πŠ πŒπ„ππ˜π€π‡π”π“ 𝐒𝐄𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 ππ„π‘π“π€ππ‰π€πŠ
  • Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-63
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA (1441H/2020M)
  • Ulang Tahun Kelahiran YM Datuk Haji Maideen

Penyelia PSSCMUIAM(Gambang)

Capture

 

Alhamdulillah segala puji hanya layak bagi Β Allah yang melimpahkan nikmat taufik dan hidayah kepada kita untuk kita teruskan perjuangan menegakkan kalimah tauhid.Selawat dan salam keatas Rasul junjungan Nabi Β Muhammad SAW, para sahabat dan As-sahabiah, Ahlul bait dan kepada Β Guru-guru Β utama PSSCM yang banyak menabur bakti di dalam perjuangan ini.

Ini merupakan satu penghormatan kepada saya untuk member sepatah dua Β kata sebagai Penolong penyelia kelas latihan PSSCMUIAM Gambang.Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa pelaksana laman web PSSCMUIAM kerana Berjaya menghasilkan sebuah laman Β web Β menarik, padat dan berinformatif. Penghasilan laman web Β ini saya lihat amat signifikan memandangkan usia PSSCM bertapak di UIAM sudahmenjangkau 25 tahun.

Walaupun ini merupakan kali pertama kali saya meneroka laman web PSSCM namun saya amat kagum kerana kandungannya yang member banyak maklumat kepada ahli dan bekas ahli. Boleh saya katakan di sini laman web PSSCMUIAM merupakan satu pengkalan data yang amat tersusun dan sistematik.Saya tertarik dengan satu bahagian yang menunjukkan bekas-bekas YDP PSSCM dan bekas-bekas ahli yang telah Berjaya menjadi orang yang disegani di luar.

Sebagai penolong penyelia kelas pertama Β di PSSCMUIAM Gambang, sayaΒ  sedar tanggungjawab yang besar dipikul oleh saya untuk meneruskan legasi Β PSSCM di UIAM. Oleh, itu saya memohon doa daripada saudara-saudari agar perjalanan kami di Gambangakan sentiasa dirahmati Allah.

Akhir Β kata, saya berharap agar laman web ini akan menjadi wadah penting dalam meneruskan perjuangan silat cekak Β di UIAM. Β Sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan pelaksana laman web ini dan diharapkan Β agar usaha ini dapat diteruskan pada masa akan dating.

Sekian.
En. Ahmad Fairuzullah bin Ahmad Tajuddin

Penolong Penyelia Kelas

PSSCMUIAM Gambang, Pahang

 

Leave a comment