• An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Demonstrasi Silat di Majlis Pembukaan Convest 09

Cetak PDF

Pada 8hb Oktober 2009 yang lalu telah berlangsung Demonstrasi Silat Cekak yang bertempat di Convest Hill, UIAM. Demo Silat ini diadakan bersempena dengan Majlis Pembukaan Festival Konvokasi UIAM 2009 yang berlangsung dari 8hb hingga 17hb Oktober 2009.

Demo Silat kali ini disertai oleh 10 orang skuad demo dan diketuai oleh Komanden Khalid bin Mohammad.

demo-convest-09

Persembahan bertenaga dan bersemangat yang ditonjolkan oleh skuad demo kali ini telah disaksikan oleh Rektor UIAM, Yg. Bhg. Prof Dato’ Sri Dr. Syed Arabi Idid serta lebih 150 orang hadirin yang hadir pada majlis tersebut.

Melalui program-program sebegini dimasa akan datang, diharapkan PSSCMUIAM akan diberi peluang lagi untuk mempromosikan Silat Cekak, seni budaya bangsa dan seterusnya menarik minat pelajar-pelajar UIAM untuk menyertai Silat Cekak.

Lengkapkan Profil Anda

Cetak PDF

Salam,

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli-ahli PSSCMUIAM yang telah mendaftar di portal PSSCMUIAM Online. Selaku pengendali PSSCMUIAM Online, kami mengharapkan kerjasama dan bantuan anda untuk mengemaskini dan melengkapkan butiran-butiran profil anda, iaitu:

  • Sekiranya anda belum mendaftar, silalah daftarkan akaun anda disini (atau klik pada "Register" dibelah kanan laman web) dan isi butiran yang diminta dengan selengkapnya.
  • Sekiranya anda sudah mendaftar, tetapi belum mengesahkan akaun di email, silalah masuk ke email anda dan sahkan akaun anda supaya kami dapat meneruskan proses pengesahan akaun anda. Sekiranya anda tidak menerima email dari kami tentang proses pengesahan, sila membuat aduan kepada kami melalui pautan "Hubungi Kami"
  • Sekiranya anda sudah mendaftar dan boleh log masuk ke akaun, sila kemaskini mana-mana butiran di profil anda yang masih belum lengkap atau belum diisi. (Nota: Sila letakkan nama penuh anda di ruangan "Name" dan muatnaik gambar sebenar anda)

Kerjasama anda amatlah kami hargai. Jika ada sebarang masalah, kemusykilan, cadangan, atau kritikan, bolehlah diajukan kepada kami melalui pautan "Hubungi Kami".

Terima kasih,

Pengendali PSSCMUIAM Online

Mesyuarat Agung Tahunan PSSCMUIAM kali ke-20

Cetak PDF

NOTIS KENYATAAN

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA KALI KE-20

Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PSSCMUIAM) Kali Ke-20 akan diadakan seperti butiran:

  • Tarikh : 16 Oktober 2009
  • Hari : Jumaat
  • Masa : 8.00 malam
  • Tempat : LT 2, Kuliah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 

Sila download notis lengkap MAT PSSCMUIAM ke-20 disini

Selamat bercuti & selamat hari raya!

Cetak PDF

selamat20hari20raya204

Bersempena dengan bermulanya cuti hari raya dan 1 syawal yang bakal menjelma, kami dari PSSCMUIAM ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Bercuti  dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kepada semua ahli PSSCMUIAM khususnya dan ahli PSSCM umumnya.

Maaf Zahir & Batin

PSSCMUIAM Online dibuka semula!

Cetak PDF

open_signPSSCMUIAM Online kini dibuka semula setelah ditutup hampir 2 bulan.

Untuk makluman semua ahli, penutupan PSSCMUIAM Online adalah disebabkan oleh masalah teknikal yang dihadapi oleh pembekal hosting laman web ini. Masalah tersebut menyebabkan semua fail-fail, dokumen-dokumen, serta pengkalan data PSSCMUIAM Online terhapus dan tidak dapat dibaikpulih kembali.

Oleh yang demikian, pihak webteam telah bertungkus-lumus untuk membina semula laman web PSSCMUIAM Online dan melakukan proses pemindahan hosting ke server yang baru.

Dengan pembukaan semula laman web PSSCMUIAM Online ini, kami dari webteam PSSCMUIAM Online, memohon maaf diatas penutupan PSSCMUIAM Online, dan juga diatas kehilangan pengkalan data akaun ahli yang berdaftar.

Kami berharap semua ahli PSSCMUIAM dapat mendaftar semula ke laman PSSCMUIAM Online dan menyebarkan tentang pendaftaran semula ini. Semoga dengan pembukaan semula PSSCMUIAM Online, dapat menjadikan semula alam siber sebagai salah satu platform untuk menyatukan semua ahli PSSCMUIAM yang masih belajar dan yang sudah tamat belajar di UIA.

 

Sekian,

Webteam PSSCMUIAM Online

Log Masuk