• An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Laporan Majlis Tahlil Dan Ceramah Serta Barbeque PSSCMUIAM Semester 2 09/10

Cetak PDF

Pada 14 Mac 2010, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menganjurkan Majlis Tahlil dan Ceramah  beserta  program Berbeque bertempat di Musolla Perempuan dan café Kuliah Ekonomi. Program ini disertai oleh lebih kurang 50 orang ahli PSSCMUIAM termasuk tenaga pegajar. Seawal jam 5 petang,beberapa ahli telah pun berada di café kuliah ekonomi bagi membantu komiti-komiti memasak dan menyediakan makanan untuk majlis tersebut.

Majlis Tahlil dan Ceramah bermula pada pukul 7 malam dengan kehadiran tenaga pengajar dan ahli. Program dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah dan disambung dengan solat Isyak secara berjemaah. Majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil yang diketuai oleh saudara Mohd Taufik bin Mohd Ezari. Bacaan Tahlil ini diadakan bertujuan untuk mengingati Rasulullah s.a.w, Guru-guru Utama PSSCM dan ibu bapa kita.

Selesai bacaan Tahlil, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Penyelia PSSCMUIAM, En. Fuad bin Mohd Arshad.Ucapan beliau banyak berkisarkan tentang asal- usul silat cekak dan juga sejarah orang-orang yang pernah mempelajari silat cekak pada suatu masa dahulu. Seterusnya, majlis diteruskan dengan menjemput Penasihat PSSCMUIAM, Dr. Adli bin Yaacob untuk memberikan ceramah.

Dalam ceramah, beliau menceritakan tentang sejarah Rasulullah dalam menegakkan agama Islam. Beliau juga menasihat semua ahli agar sentiasa mengingati dan patuh akan semua perintah Allah s.w.t. Beliau berpesan agar sentiasa taat akan perintah kedua ibu bapa dan sentiasa menghormati guru-guru agar mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Program berakhir pada pukul 11 malam selepas sesi pemberian cenderamata kepada para tetamu jemputan dan ahli yang hadir dijemput untuk menjamu selera.

Tutor PSSCMUIAM

Cetak PDF

Assalamualaikum..

Kepada ahli-ahli yang ingin meminjam nota atau bertanyakan tentang hal-hal pelajaran boleh berhubung dengan nama-nama berikut:

ENGINEERING

1)Nuraiman- Pembuatan (013-3705675)

2)Khairul Firdaus – Mekatronik (013-2506375)

3)Adil – Biotek (013-2229417)

4)Fadeli – (013-2452613)

KENMS

1)Hafiz – BACC (017-2570759)

2)Rasyid – BBA (013-2563642)

3)Fairous – BECS (017-2998809)

4)Amirah – BACC (013-3533394)

ICT

1)Azizan – BCS (013-3605862)

2)Farid – BCS  (019-3663779)

3)Azizul - BCS (013-2228604)

IRKHS

1)Hamidah Yusuff – Sains Politik (017-2816294)

2)Norhafizah – Psikologi (012-3208461)

3)Intan Aina – Psikologi (013-3005146)

4)Haslina – SOCA (017-6351052)

5)Hamidah Mustaffa – SOCA (019-3659914)

6)Hakimah – Quran dan Sunnah (012-7056159)

EDU

1)Syahran (017-6813630)

2)Syazwan Safri (013-4370534)

LAW

1)Nur Syuhadah (017-4968057)

KAED

1)Shahrizal – QS (016-6101757)

Semoga anda beroleh kecemerlangan dalam bidang akademik.Sebarang pertanyaan dan permasalahan boleh berhubung dengan Nik Khatijah - 013-7840942

Peraduan Undi Kelas Anda

Cetak PDF

Assalamualaikum,

Sebagaimana yang kita sedia maklum, baru-baru ini PSSCMUIAM Online telah mengadakan peraduan Undi Kelas bagi sepanjang semester 2 ini dalam laman Forum PSSCMUIAM Online.Untuk pengetahuan semua,pengumuman kelas yang mendapat bilangan undi yang tertinggi akan di umumkan pada semester 1 2010 ini.Sebarang kelewatan amatlah dikesali dan kami,pihak webteam memohon maaf.

Bagi mereka yang telah memasuki kelas ke peringkat yang lebih tinggi(contohnya asas ke jatuh) anda bolehlah mengundi kelas anda yang terdahulu kerana pengiraan undian adalah dikira berdasarkan kelas silat semester 1 2009/ 2010.Pemenang akan diberi kepada ahli-ahli silat berdasarkan kelas silat semester 1 2009/ 2010.

Sekian,harap maklum.

Pengumuman Pemenang Peraduan Forum Posting Terbanyak Bulan Februari

Cetak PDF

Assalamualaikum,

Sebagaimana yang kita sedia maklum, PSSCMUIAM Online telah mengadakan peraduan Forum Posting Terbanyak  dalam laman Forum PSSCMUIAM Online, dan pada hari Selasa yang lepas (2hb Februari 2010) telah berlangsungnya penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang peraduan tersebut. Berikut adalah pemenang-pemenang Forum Posting Terbanyak untuk bulan Februari:

Tempat Pertama:

123_4ace993311ba2

Nik Khatijah Bt Nik Mud (nickname: nickaty)

Tempat Kedua:

104_4b2f2ca978b45

Intan Sapura Aina Bt Mohd Yusoff (nickname: intan)

Tempat Ketiga:

107_4adfc736f0c5a

Norhaslina Bt Razali (nickname: haslina)

 

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang peraduan ini.Kepada ahli-ahli yang lain yang turut serta menyertai dan memeriahkan peraduan ini terima kasih diucapkan.Semoga anda tidak berputus asa.

Untuk makluman semua,peraduan ini akan di tangguhkan sementara bagi memberi laluan kepada peperiksaan yang akan menjelang tiba dan akan di sambung semula pada semester hadapan (semester pendek).

Pengiraan posting terbanyak tetap berjalan seperti biasa.Jadi jangan lepaskan peluang, post sebanyak mungkin di dalam Forum PSSCMUIAM Online.Siapa tahu anda adalah orang yang bertuah selepas ini.

Jemputan ke Majlis Penerangan PSSCMUIAM

Cetak PDF

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, pada setiap semester, PSSCMUIAM akan menganjurkan majlis penerangan bersempena dengan Minggu Pengambilan Ahli PSSCMUIAM yang baru, bagi memberi penerangan tentang latar belakang dan informasi yang lebih lanjut tentang Silat Cekak kepada komuniti pelajar UIAM. Sehubungan dengan itu, pada semester ini, PSSCMUIAM akan mengadakan Majlis Penerangan seperti butiran yang berikut:

  • Tarikh: Selasa, 2/2/2010
  • Tempat: Kuliyyah Ekonomi dan Pengurusan, LT 2
  • Masa: 9.00 mlm

Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Silat Cekak, anda dialu-alukan untuk menghadiri Majlis Penerangan ini. Pelbagai informasi dan maklumat seperti sejarah, latar belakang, matapelajaran, serta kelebihan mempelajari Silat Cekak akan disampaikan kepada anda pada majlis tersebut. Tidak lupa juga, anda akan dipersembahkan dengan demonstrasi mata pelajaran Silat Cekak serta demonstrasi silat dari Skuad Demonstrasi PSSCMUIAM.

Ayuh jangan lepaskan peluang ini. Jumpa anda disana :)

"Sains dan teknologi boleh dicari di mana-mana, budaya tetap hak kita"

Log Masuk