- 1993
- Konvensyen Persilatan Melayu Kebangsaan


- Program Konvensyen Persillatan Melayu Kebangsaan merupakan program yang telah dijalankan pada 30-31 Januari 1993 di UIAM Kampus Petaling jaya. Terdapat beberapa acara yang telah dijalankan sepanjang 2 hari program iaitu Konvensyen Persilatan Melayu dan juga Demo Persilatan yang diadakan secara besar-besaran. Program tersebut berjaya membuka mata pihak pentadbir dan mahasiswa akan kehebatan seni warisan nenek moyang kita.
- 1996
- Lagenda Utara


- Program Lagenda Utara telah diadakan pada sekitar tahun 1996 semasa En. Faizal Bin Mohd. Yusof menjadi Yang Di Pertua PSSCMUIAM ketika itu. Program ini bertujuan melawat dan menziarahi tempat-tempat yang berkaitan dengan sejarah Silat Cekak. Antara tempa-tempat yang dilawati adalah Makam Tuan Hussein Kedah, rumah YM Guru Utama, Kota Kuala Muda dan rumah kelahiran Silat Cekak di jalan Gunung, Alor Setar.
-
- Demo Perdana Konvokesyen UIAM


- Demo Perdana Konvokesyen UIAM telah diadakan sekitar bulan Ogos 1996. Pihak PSSCMUIAM telah diberi kepercayaan oelh pihak pentadbiranuntuk membuat demo secara besar-besaran di hadapan ribuan penonton sempena Konvokesyen UIAM. Demonstrasi ini berjaya menarik lebih ramai ahli di UIAM.
- 2002
- Seminar Silat Cekak Peringkat Nasional


- Program Seminar Silat Cekak Peringkat Nasional telah diadakan pada 5 Januari 2002 di Al-Malik Faisal Hall, Pusat Matrikulasi UIAM. Program ini dijalankan atas dasar untuk meluaskan pandangan pelajar terhadap kepentingan Silat Cekak yang bukan sahaja seni mempertahankan diri yang asli, malah seni warisan bangsa yang tiada nilainya. Seminar ini telah dihadiri oleh ahli-ahli PSSCM IPT dari seluruh negara.
- 2003
- Seminar Ulama' Berjiwa Panglima


- Program Seminar Ulama' Berjiwa Panglima merupakan program yang diadakan untuk menyingkap kisah-kisah ulama' di sekitar Tanah Jawi yang bukan sahaja tinggi ilmu agamanya, malah hebat dalam ilmu persilatan mereka. Beberapa pakar sejarah telah dijemput untuk membentangkan kerja mereka. Program ini berjaya menarik lebih dari seribu peserta yang datang dari pelbagai aliran persilatan. Secara tidak langsung, pogram ini berjaya membuka mata masyarakat tentang jasa-jasa dan kehebatan ulama' zaman silam.
-
- Lawatan ke Borneo

- Program ini telah dianjurkan oleh PSSCMUIAM dengan kerjasama daripada beberapa IPT di sekitar Sabah, Sarawak dan Brunei. Program ini diadakan selama enam hari iaitu dari 10 April hinggalah 15 April 2006. .Tujuan utama program ini diadakan, adalah untuk mengkaji asal-usul sejarah Kepulauan Borneo terutamanya berkaitan dengan salahsilat kepahlawanan Melayu di sana. Antara tempat yang dilawati ialah Muzium Sarawak, Muzium Islam Sabah, Universiti Brunei Darul Salam, Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah dan Sarawak dan pelbagai lagi tempat yang menarik.
-
- Sayembara Sembah Gerak


- Merupakan program yang telah dianjurkan oleh PSSCM Cawangan Selangor bersempena dengan Sambutan 21 Tahun PSSCM Cawangan Selangor. Telah disertai 21 pasukan dari sekitar Selangor dan beberapa pasukan jemputan. Pasukan wanita berjaya mendapat "Pasukan Wanita Terbaik".
- 2007
- Jejak Warisan Panglima (JWP)

- Lawatan selama tiga hari ini telah diadakan pada 7 April hingga 9 April 2007. Lawatan ini telah dianjurkan oleh PSSCMUIAM dengan kerjasama daripada PSSCM cawangan Perak,Kedah dan Seberang Perai. Program ini merupakan kesinambungan daripada program Lagenda Utara yang telah diadakan bebarapa siri sebelum ini. Sepanjang lawatan, ahli-ahli PSSCMUIAM telah didedahkan dengan pelbagai kisah tentang pahlawan-pahlawan Melayu yang telah berjuang mempertahankan negara daripada dijajah. Antara tempat yang telah dilawati iadalah makam Tengku Mohamad Saad, Pulau Empat Beradik, Muzium Kedah, rumah kelahiran Silat Cekak, rumah Guru Utama, Makan Diraja Langgar dan Pantai Murni.
- Karnival Wajadiri Merdeka IPT Kebangsaan

- Program "Karnival Wajadiri Merdeka: Pertandingan Persembahan Seni Silat Cekak Malaysia IPT Kebangsaan 2007" telah dianjurkan oleh PSSCMUIAM pada 4 Ogos 2007 bertempat di Kompleks Sukan Saidina Hamzah UIAM bersempena dengan program sambutan kemerdekaan Malaysia peringkat UIAM. Pertandingan ini disertai lebih daripada 30 pasukan dari IPT seluruh negara. Persembahan demonstrasi secara berkumpulan merupakan konsep yang diguna pakai semasa pertandingan. Pasukan PSSCMUIAM berjaya merangkul Pasukan Harapan Lelaki dan Pasukan Terbaik Wanita.





