• An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Demo Silat Majlis Penutup Karnival Sukan Universiti UIAM

Cetak PDF

Bersempena dengan Majlis Penutupan Karnival Sukan Universiti UIA (IIUM University Sports Carnival) yang diadakan pada 23 Disember 2009 yang lepas, skuad demo PSSCMUIAM telah dijemput khas untuk mengadakan persembahan demonstrasi.

Majlis penutup ini bermula pada jam 8:30 malam dengan berlangsungnya perarakan kontinjen-kontinjen atlet dengan persembahan masing-masing. Kira-kira jam 10.00 malam, skuad demonstrasi kemudiannya mempersembahkan demonstrasi Silat Cekak sejurus selepas perasmian penutupan majlis.

Majlis penutupan ini dihadiri oleh Rektor UIA iaitu Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid. Seramai 16 orang ahli demo PSSCMUIAM terlibat dalam persembahan demonstrasi kali ini iaitu 8 ahli lelaki dan 8 ahli perempuan. Wakil dari Jabatan Penerangan PSSCM iaitu Encik Taqiuddin juga hadir pada malam tersebut selain Penyelia PSSCMUIAM, Encik Fuad Bin Arshad dan para jurulatih yang lain.

Jemputan khas yang diberikan oleh pihak universiti ini dilihat sebagai salah satu peluang yang baik untuk PSSCMUIAM mempromosikan Silat Cekak Malaysia di kalangan para pelajar.

Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan dan Keputusan Pertandingan

Cetak PDF

Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan kali ke-3 yang dianjurkan oleh PSSCMUiTM telah diadakan pada 12 dan 13 Disember 2009 yang lepas, bertempat di Kampus UiTM Puncak Alam, Selangor. Pertandingan Persembahan Karnival Wajadiri IPT kali ini disertai oleh 32 pasukan dari 26 IPTA dan IPTS seluruh negara. Sebanyak 23 pasukan dari kategori Putera dan 9 pasukan dari Kategori Puteri menyertai wajadiri kali ini. PSSCMUIAM telah menghantar dua pasukan sebagai wakil untuk bertanding.

Majlis perasmian Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan kali ke-3 ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Raduan Che Ros, Penasihat Khas Kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin sebagai mewakili Y.B. Menteri. Selesai majlis perasmian, pertandingan dimulakan pada jam 12 tengah hari. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan.

Pada sebelah malam pula berlangsungnya Majlis Makan Malam Perdana Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan kali ke-3. Semasa majlis makan malam berlangsung,  hadirin dihiburkan dengan persembahan Demonstrasi Parang Lading, Demonstrasi Silat Tari dan juga Tayangan video dari PSSCMUiTM. Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Kadir Shah telah memberikan ucapan selepas hadirin selesai menjamah juadah yang dihidangkan.

Majlis penutup dan pengumuman pemenang berlansung pada 13 Disember. Pada majlis penutup ini, juara keseluruhan bagi kategori Putera(Politeknik Sultan Azlan Shah) dan Juara Keseluruhan bagi Kategori Puteri (Universiti Teknologi MARA, Pahang) serta Juara Jemputan dari cawangan mengadakan persembahan demonstrasi. Selain itu, sesi mengambil gambar bagi setiap pasukan yang bertanding juga diadakan. Majlis diakhiri dengan sesi nyanyian lagu rasmi PSSCM, Warisan Mutlak.

Pasukan Puteri dari PSSCMUIAM berjaya mendapat Tempat Ketiga bagi Kategori 1,Naib Johan bagi Kategori 2, Tempat Ketiga bagi Kategori 3 dan Pasukan Puteri Harapan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan Puteri dan Putera PSSCMUIAM atas kemenangan yang diperolehi dan juga kerana telah memberikan yang terbaik dalam Karnival Wajadiri IPT kali ini.

Untuk senarai keputusan Wajadiri IPT kali ke-3, sila klik disini

Sumber berita: http://www.silatcekak.org.my

Majlis Sambutan Aidilfitri PSSCM Meriah

Cetak PDF

Gombak, 17 Oktober 2009 - Seramai lebih 700 orang ahli PSSCM menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri 1430H Peringkat Lembah Kelang anjuran PSSCM Pusat yang diadakan bertempat di Sekolah Taman Ilmu Dan Budi (Setia Budi) Gombak bermula jam 8.00 malam. Selain dari ahli-ahli dari kelas-kelas latihan sekitar Lembah Kelang, majlis ini turut dihadiri oleh pemimpin dan ahli-ahli dari cawangan PSSCM seluruh Malaysia.

smbtn ry

Majlils sambutan ini bermula dengan ucapan oleh Pengerusi Program, Sdr Mohd Fizol Saad dan diikuti dengan ucapan dan penerangan isu-isu semasa PSSCM oleh Ketua Penerangan, En. Rosman Mat Deli dan diikuti oleh Penolong Setiausaha Agong 1 PSSCM, En. Mohd Hafiz Bin Jamil. Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Kadir Shah, Naib Presiden PSSCM kemudiannya menyampaikan ucapan sebaik sahaja hadirin selesai menjamah juadah yang dihidangkan. Majlis berakhir jam 11.30 malam.

smbtn ry 2

Sumber berita: http://www.silatcekak.org.my

MAT PSSCMUIAM kali ke-20 & Majlis Jamuan Hari Raya PSSCMUIAM

Cetak PDF

Pada 16 Oktober yang lepas telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UIAM kali ke-20 yang bertempat di Kulliyah Ekonomi. Antara agenda yang dibincangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan tersebut adalah seperti meluluskan dan mengesahkan Minit Mesyuarat MAT PSSCMUIAM yang ke-19, menerima laporan aktiviti dan penyata kewangan PSSCMUIAM sesi 2008/2009 serta perlantikan AJK PSSCMUIAM yang baru bagi sesi 2009/2010.

agm

Antara yang tetamu yang hadir pada malam tersebut adalah Encik Faizal Bin Yusof selaku AJK Pusat, Encik Fuad Bin Arshad selaku Penyelia PSSCMUIAM, tenaga-tenaga pengajar dan juga ahli-ahli PSSCMUIAM. Majlis bermula dengan ucapan dan perasmian MAT PSSCMUIAM kali ke-20 oleh Encik Faizal Bin Yusof dan kemudian disusuli dengan tayangan video istimewa sempena MAT PSSCMUIAM kali ke-20. Majlis diteruskan lagi dengan bermulanya Mesyuarat Agung Tahunan PSSCMUIAM Kali ke-20 dengan membincangkan agenda mesyuarat dan disudahi dengan perletakan jawatan oleh barisan AJK PSSCMUIAM sesi 2008/2009.

agm2

MAT PSSCMUIAM kali ke-20 sampai ke kemuncak apabila agenda diteruskan dengan perlantikan barisan AJK PSSCMUIAM yang baru bagi sesi 2009/2010. Majlis disudahi dengan ucaptama dari Yang Di-Pertua PSSCMUIAM sesi 2009/2010 iaitu Saudara Aiman Bin Sukindar. Sejurus selesai Mesyuarat Agung Tahunan PSSCMUIAM kali ke-20 itu, majlis diteruskan lagi dengan Majlis Jamuan Hari Raya PSSCMUIAM.

Dengan berakhirnya MAT PSSCMUIAM kali ke-20 dan Majlis Jamuan Hari Raya PSSCMUIAM, PSSCMUIAM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua committee-committe yang bertungkus-lumus dalam mengendalikan majlis tersebut.

Tidak lupa juga pada barisan AJK PSSCMUIAM sesi 2008/2009, sekalung tahniah dihulurkan atas pengorbanan dan kejayaan dalam melaksanakan tanggungjawab mengendalikan persatuan pada sesi lepas.

Pada barisan AJK PSSCMUIAM sesi 2009/2010 yang baru dilantik, tahniah dan syabas diucapkan atas perlantikan tersebut. Laksanakan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaik mungkin. Selamat maju jaya!

Demonstrasi Silat di MAFinACT 2009

Cetak PDF

Pada 10hb Oktober 2009, PSSCMUIAM telah dijemput untuk mempersembahkan demonstrasi silat cekak pada majlis pembukaan Malaysian Armed Forces in Action 09 (MAFinACT 09). Persembahan yang berlangsung di Kompleks Sukan Lelaki UIAM itu telah disertai oleh 20 orang skuad demo (9 lelaki dan 11 perempuan) dan diketuai oleh Komanden Khalid bin Mohammad.

demo-mafinact

Persembahan demonstrasi silat cekak kali ini telah dipertontonkan dihadapan Rektor UIAM, Yg. Bhg. Prof Dato’ Sri Dr. Syed Arabi Idid, Dif-dif Kehormat dari Angkatan Tentera Malaysia dan lebih 1000 orang hadirin yang hadir pada majlis tersebut. Majlis kemudiannya disusuli dengan persembahan dari Wataniah UIAM, persembahan kawat senyap dari Tentera Laut Diraja Malaysia, dan persembahan Pancaragam dari Tentera Udara Diraja Malaysia.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada skuad demo dan ahli-ahli PSSCMUIAM yang telah menyumbang secara langsung dan tidak langsung dalam demo kali ini. Diharapkan pada masa-masa akan datang, lebih ramai lagi ahli-ahli PSSCMUIAM yang akan turut serta dalam persembahan demonstrasi silat cekak.

Log Masuk