• An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Laporan Kursus Pentadbiran IPT Kebangsaan 2010

Cetak PDF

Pada 19hb-21hb februari 2010 yang lepas, PSSCMUIAM dengan kerjasama Sekretriat IPT Lembah Kelang telah menganjurkan Kursus Pentadbiran Ipt Kebangsaan 2010 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Antara objektif kursus ini ialah untuk melahirkan graduan yang berkebolehan dalam pentadbiran dan pengurusan,  mewujudkan interaksi di antara mahasiswa-mahasiswa dari IPT seluruh Negara, dan menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan masyarakat Modul Insan yang berteraskan budaya Bangsa Melayu.

Program ini telah disertai oleh 152 peserta daripada 36 IPTA dan IPTS dari seluruh Negara. Para peserta adalah di kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi di setiap IPT. Kursus ini tleh dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UIAM iaitu Professor Nik Ahmad Kamal Bin Nik Mahmod. Pengisian ceramah juga telah dimuatkan dalam kursus ini yang telah disampaikan oleh Tn Hj Ghazali Abd Rahman (LPT PSSCM) yang bertajuk ”Silat Cekak Teras Pemantapan Rohani Dan Akidah”.

Antara pengisian lain ialah mereka telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran pentadbiran iaitu mengenai mesyuarat agong tahunan yang telah disampaikan oleh Ust. Kaharuddin Abd Rahman (Pen Setiausaha II PSSCM), kewangan (En Anuar Aziz, Bendahari Agong PSSCM), perlembagaan persatuan(En Zaini Marzuki, Jabatan Perundangan PSSCM) dan prosedur dan tatacara pelaksanaan program (En Shahrem, Pen. Ketua Penerangan PSSCM).

Untitled

 

Log Masuk