• An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Laporan Majlis Tahlil Dan Ceramah Serta Barbeque PSSCMUIAM Semester 2 09/10

Cetak PDF

Pada 14 Mac 2010, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menganjurkan Majlis Tahlil dan Ceramah  beserta  program Berbeque bertempat di Musolla Perempuan dan café Kuliah Ekonomi. Program ini disertai oleh lebih kurang 50 orang ahli PSSCMUIAM termasuk tenaga pegajar. Seawal jam 5 petang,beberapa ahli telah pun berada di café kuliah ekonomi bagi membantu komiti-komiti memasak dan menyediakan makanan untuk majlis tersebut.

Majlis Tahlil dan Ceramah bermula pada pukul 7 malam dengan kehadiran tenaga pengajar dan ahli. Program dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah dan disambung dengan solat Isyak secara berjemaah. Majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil yang diketuai oleh saudara Mohd Taufik bin Mohd Ezari. Bacaan Tahlil ini diadakan bertujuan untuk mengingati Rasulullah s.a.w, Guru-guru Utama PSSCM dan ibu bapa kita.

Selesai bacaan Tahlil, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Penyelia PSSCMUIAM, En. Fuad bin Mohd Arshad.Ucapan beliau banyak berkisarkan tentang asal- usul silat cekak dan juga sejarah orang-orang yang pernah mempelajari silat cekak pada suatu masa dahulu. Seterusnya, majlis diteruskan dengan menjemput Penasihat PSSCMUIAM, Dr. Adli bin Yaacob untuk memberikan ceramah.

Dalam ceramah, beliau menceritakan tentang sejarah Rasulullah dalam menegakkan agama Islam. Beliau juga menasihat semua ahli agar sentiasa mengingati dan patuh akan semua perintah Allah s.w.t. Beliau berpesan agar sentiasa taat akan perintah kedua ibu bapa dan sentiasa menghormati guru-guru agar mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Program berakhir pada pukul 11 malam selepas sesi pemberian cenderamata kepada para tetamu jemputan dan ahli yang hadir dijemput untuk menjamu selera.

Log Masuk