• An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Artikel

Family Day 2010

Cetak PDF

family_day2

            Bersempena dengan program Minggu Cekak, PSSCMUIAM telah mengadakan program Family Day 2010 sebagai aktiviti penutup Minggu Cekak. Family Day 2010 telah diadakan pada hari Ahad, 1 Ogos 2010 bertempat di Gelanggang Bola Jaring Mahallah Ruqayah. Antara tetamu yang hadir pada program tersebut ialah YDP PSSCMUIAM, saudara Nor Aiman Sukindar, penyelia kelas latihan Matrikulasi UIA Petaling Jaya, Ustaz Khaharuddin serta tenaga pengajar yang lain. Program pada kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli-ahli dari Matrikulasi UIA Petaling Jaya seramai 45 orang, Matrikulasi UIA Nilai seramai 16 orang dan UIAM seramai 65 orang. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara ahli-ahli dari Matrikulasi dan Kampus Induk UIA.

            Family Day bermula pada jam 8.00 pagi dengan pendaftaran para peserta diikuti oleh ucapan alu-aluan dari Pengarah Program, saudara Mohd Farid B Mohd Fauzi. Program diteruskan lagi dengan senaman pagi dan permainan-permainan yang menarik. Tepat jam 12.30 tengah hari, slot permainan untuk VIP diadakan diikuti oleh acara penyampaian hadiah kepada kumpulan-kumpulan. Seterusnya, pada pukul 1.00 petang, ucapan penutup daripada YDP PSSCMUIAM, saudara Nor Aiman Sukindar, diikuti dengan ucapan dari wakil penyelia kelas latihan UIA Gombak, Encik Saiful Hazman B Mohd Khalid dan diakhiri dengan ucapan daripada penyelia kelas latihan Matrikulasi UIA PJ, Ustaz Khaharuddin. Program Family Day 2010 ini berakhir pada pukul 2.00 petang dengan jamuan makan tengah hari. Walaupun peserta-peserta kelihatan penat dan letih, namun rata-rata berpuas hati dengan keseronokan dan kemeriahan program tersebut.

            Secara keseluruhannya, program ini telah memberi ruang kepada ahli-ahli untuk berkenalan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain serta dapat memberi kenangan manis kepada semua peserta. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada ahli-ahli penggerak program Family Day 2010 dan harapan agar program ini dapat diteruskan lagi pada sesi akan datang.

Demonstrasi Marfest

Cetak PDF

                        marfest

Pada 31 Julai 2010 (Sabtu) yang lepas, skuad demonstrasi wanita PSSCMUIAM telah dijemput khas oleh Mahallah Maryam untuk mengadakan persembahan demonstrasi sempena Festival Maryam (Marfest) yang berlangsung dari 26 Julai 2010 sehingga 1 Ogos 2010 yang lalu.  Seramai 12 orang ahli wanita PSSCMUIAM terlibat di dalam demonstrasi yang bermula pada pukul 8.15 malam ini. Walaupun terdapat beberapa halangan dari segi tempat dan cuaca yang kurang baik, namun skuad wanita PSSCMUIAM telah berusaha memberikan persembahan yang terbaik. Persembahan demonstrasi ini dilihat sebagai salah satu peluang yang baik untuk PSSCMUIAM mempromosikan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia kepada para pelajar terutamanya penghuni Mahallah Maryam dan para pengunjung.

AHLAN YA RAMADHAN

Cetak PDF

Bersempena ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak PSSCMUIAM ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadikan kita lebih bersyukur dan lebih sabar dalam menjalani ibadat  berpuasa.

"MARHABAN YA RAMADHAN AL MUBARAK"

poster_ramadhan_al-khattat

MAJLIS PENERANGAN 2010

Cetak PDF

report m

Sempena pengambilan ahli baru, PSSCMUIAM telah mengadakan Majlis Penerangan pada 22 Julai 2010 yang bertempat di HS Square Centre. Ini merupakan kali pertama PSSCMUIAM menganjurkan program di tempat tersebut. Majlis ini dihadiri oleh penyelia kelas latihan PSSCMUIAM, Encik Mohd Fuad B Arshad,YDP PSSCMUIAM,saudara Nor Aiman Sukindar, Encik Fakhrizal B Mohamed, dan ahli-ahli PSSCMUIAM serta pelajar-pelajar UIAM.

            Majlis bermula jam 9.30 malam dengan ucapan aluan dari YDP PSSCMUIAM, saudara Nor Aiman Sukindar dan ucapan dari penyelia kelas latihan PSSCMUIAM, Encik Mohd Fuad B Arshad. Tepat jam  10.00 malam, penerangan silat telah disampaikan oleh Encik Fakhrizal B Mohamed,selaku Pegawai Penerangan.. Pelbagai soalan telah dilontarkan oleh para hadirin mengenai Silat Cekak. Majlis penerangan diteruskan lagi dengan persembahan demonstrasi yang bertenaga oleh skuad demo PSSCMUIAM bagi memperlihatkan buah-buah Silat Cekak kepada para hadirin. Majlis berakhir dengan  jamuan kepada para hadirin pada jam  11.30 malam.

            Secara keseluruhan,  majlis ini telah dapat memberi gambaran umum tentang silat cekak kepada ahli dan para hadirin  dan secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai pelajar menyertai Silat Cekak Malaysia. Terima kasih kepada ahli-ahli yang menyumbang tenaga dalam menjayakan Majlis Penerangan  ini.

PERSEMBAHAN DEMONSTRASI CEKAK WEEK

Cetak PDF

report demo2

Pada 21 Julai 2010, skuad demonstrasi PSSCMUIAM wanita telah mengadakan persembahan demonstrasi silat Cekak yang berlangsung di Centre. Persembahan ini bermula jam 1.15 petang dan telah disertai oleh 10 orang ahli wanita. Demonstrasi ini telah diketuai oleh komandan Norhaslina Bt Razali.

Persembahan demonstrasi ini adalah bersempena Minggu Cekak (Cekak Week) yang berlangsung selama 2 minggu. Ianya juga merupakan salah satu aktiviti yang diadakan untuk mempromosikan silat Cekak Malaysia dan seterusnya dapat menarik minat pelajar-pelajar UIAM menyertai persatuan ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada skuad demonstrasi PSSCMUIAM wanita dan ahli-ahli PSSCMUIAM yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan persembahan demonstrasi ini. 

Log Masuk