Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-57
-5
hours
-2
-1
minutes
0
-4
seconds
-2
0

Berita Terkini

  • π‚π„πŠπ€πŠ πŒπ„ππ˜π€π‡π”π“ 𝐒𝐄𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 ππ„π‘π“π€ππ‰π€πŠ
  • Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-63
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA (1441H/2020M)
  • Ulang Tahun Kelahiran YM Datuk Haji Maideen

Malaysia diiktiraf antara 5 Negara terbaik dunia?

Written by webteam on . Posted in Berita, Ucapan, Uncategorized

Kelmarin telah dimaklumkan di dalam media-media berkenaan dengan kejayaan Malaysia diiktiraf antara 5 buah Negara yang berjaya mengawal pandemik Covid19 dalam satu tinjauan global.

“Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam kedudukan antara lima negara terbaik dunia dengan β€˜public approval’ atau penerimaan rakyat yang tertinggi.”


Artikel penuh melalui pautan: https://www.sinarharian.com.my/article/87777/KHAS/Koronavirus/Malaysia-diiktiraf-5-negara-terbaik-di-dunia-kawal-Covid-19

Syabas dan tahniah buat Kerajaan Malaysia!

Syabas dan tahniah buat kesemua frontliners Malaysia!

Syabas dan tahniah buat kesemua RAKYAT MALAYSIA!!

Kita belum menang tetapi kita pasti boleh menang!

SAMBUTAN 30 TAHUN PSSCMUIAM

Written by webteam on . Posted in Uncategorized

SAMBUTAN 30 TAHUN PSSCMUIAM

PSSCMUIAM telah menganjurkan Sambutan 30 Tahun PSSCMUIAM. Sambutan ini telah berjalan sepanjang seminggu bermula dari 25 Mac hingga 30 Mac 2019. Kehadiran bagi setiap program melibatkan ahli~ahli PSSCM di seluruh negara dan juga kelab-kelab pelajar yang ada di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak.

Sepanjang minggu ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya, Majlis Pembukaan yang telah dijalankan pada 25 Mac 2019. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Subki Bin Ahmad, Penolong Pengarah Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar.

Sambutan diteruskan lagi dengan pengisian persembahan dari seni bela diri yang lain pada Warrior Night yang dijalankan pada 27 Mac.

Kemudian, majlis Selawat Hour telah dianjurkan pada 28 Mac 2019. Kumpulan selawat Al-Hawariyyun telah dijemput bagi mengetuai alunan selawat. Selawat Hour telah diadakan bagi memperingati Rasulullah s.a.w serta perjuangan Baginda.

Pada 29 Mac 2019 pula, program Career Talk telah dijalankan. Dato Mohd Khalis bin Abdul Rahim, Ketua Sumber Kemanusiaan Malaysia Airline System (MAS) telah dijemput bagi mnyampaikan perkongsian pengalaman yang bertajuk β€œIntegriti dalam Kerjaya”

Seterusnya, pada 30 Mac 2019, Seminar Budaya Teras Perpaduan Ummah telah dijalankan bertempat di Auditorium Utama, Kulliyyah Kejuruteraan UIAM.

Program dimulakan dengan pembentangan oleh Dr. Mastor bin Surat yang bertajuk Budaya Membangun Tamadun Ummah.

Seterusnya, program diteruskan dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh Professor Emeritus Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak, Rektor UIAM.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan slot kedua yang bertajuk Relevankah Budaya Dalam Modenisasi yang disampaikan oleh Prof Supyan & Dr Zulkifli Hassan.

Pada sebelah petang pula telah program diteruskan dengan slot pembentangan yang ketiga bertajuk Sinergi Agama dan Budaya Dalam Perpaduan Ummah oleh Prof. Madya Ar. Dr. Hj. Abdul Majid bin Ismail dan Prof. Abdel Aziz bin Berghout.

Majlis ini dihadiri oleh ahli-ahli PSSCM dari seluruh negara.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbir UIAM terutamanya kepada Rektor UIAM, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, serta jabatan-jabatan yang lain atas sokongan yang telah diberikan kepada sambutan ini. Tidak lupa juga, barisan ahli jawatankuasa program dan pihak~pihak yang terlibat sama ada yang membantu secara lansung atau tidak lansung. Diharapkan ahli-ahli PSSCMUIAM dan PSSCM seluruhnya beroleh manfaat dari sambutan ini.