Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-46
-7
hours
-1
-5
minutes
-4
-1
seconds
-3
-9

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

MAJLIS PENERANGAN PSSCMUIAM

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM PJ

15 Jun 2015 – Para pelajar PSSCMUIAM Petaling Jaya telah mengadakan program Majlis Penerangan bagi sesi 2015/2016 dengan tujuan memberi penerangan mengenai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia kepada pelajar-pelajar pusat asasi UIAM Petaling Jaya yg baru sahaja mendaftar sekaligus menarik para pelajar untuk menjadi ahli baru PSSCMUIAM Petaling Jaya. Program ini adalah berikutan daripada program Minggu Cekak yang berlangsung pada 10 Jun 2015 hingga 17 Jun 2015 sebagai medium bagi pengambilan ahli baru PSSCMUIAM PJ. Seramai 40 orang ahli yang mengikuti program tersebut termasuk tenaga pengajar dan ahli-ahli yang lain.

Pada jam 8.30 malam, majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan serta tenaga-tenaga pengajar diiringi selawat badariyah oleh semua pelajar. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang Di-Pertua PSSCMUIAM Petaling Jaya dan Penasihat PSSCMUIAM

Seterusnya, Encik Shahrem Bin Md Ramli telah dijemput untuk memberikan penerangan mengenai Persatuan Seni silat Cekak Malaysia. Setelah beliau memberikan penerangan yang cukup jelas dan padat mengenai PSSCM, majlis telah ditangguhkan dan diakhiri dengan nyanyian lagu “Warisan Mutlak” dan persembahan demonstrasi hasil gabungan ahli PSSCMUIAM Petaling Jaya dan PSSCM Universiti Malaya. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.