Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-46
-7
hours
-1
-5
minutes
0
-2
seconds
-1
-6

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

Majlis Penangguhan Kelas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Petaling Jaya

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM PJ

14 Disember 2015 – Majlis Penangguhan Kelas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Petaling Jaya (PSSCMUIAMPJ) telah diadakan di SMWAP 3.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran barisan Ahli Jawatankuasa PSSCMUIAMPJ, Tenaga Pengajar dan Penyelia kelas PSSCMUIAMPJ. Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan ucapan oleh Ustaz Kaharuddin bin Abdul Rahman, Penyelia Kelas Latihan UIAM PJ. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pelajar yang bakal menamatkan pelajaran di UIAM PJ serta penyampaian surat perlantikan kepada tenaga pengajar. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan ringkas.

Diharapakan dengan penganjuran majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara semua ahli PSSCMUIAMPJ.

Perkhemahan Jalinan Kasih PSSCMUIAM

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak, UIAM KUANTAN, UIAM PJ

13 Oktober 2015-Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PSSCMUIAM) telah menganjurkan perkhemahan Jalinan Kasih PSSCMUIAM bertempat di Desa Eco Resort,Bentong selama tiga hari dua malam yang telah menggabungkan empat kampus iaitu Kampus Gombak,Petaling Jaya,Gambang dan Kuantan.Seramai 80 peserta telah menyertai perkhemahan tersebut.Para fasilitator yang terdiri daripada Alumni PSSCMUIAM juga turut terlibat dalam menjayakan program.

Antara tujuan perkhemahan ini diadakan untuk merapatkan  dan menyatupadukan hubungan antara keempat-empat kampus bersesuaian dengan konsep Bersama dan Bersatu serta menyelaraskan format pentadbiran persatuan antara kampus.Pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan sepanjang program seperti explorace, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), permainan tradisional,  dan sebagainya .

Terdapat tiga majlis rasmi telah diadakan iaitu majlis perasmian program, forum dan majlis penutup. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah En. Yusoff Bin Husain,Yang Di Pertua PSSCM Cawangan Pahang,selaku perasmi majlis ,En Khaharuddin Bin Abdul Rahman bersama En Mohd Fuad Bin Arshad sebagai panel jemputan forum  manakala En Faizal Bin Mohd Yusof turut menjadi panel  forum dan juga sebagai perasmi majlis penutup.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh ahli yang menyertai program ini . Semoga program ini dapat memberi impak yang besar kepada semua ahli yang hadir serta merapatkan lagi hubungan sesama ahli.

Mesyuarat Agung Tahunan PSSCMUIAM

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM PJ

_MG_245517 Jun 2015 – PSSCMUIAM Petaling Jaya telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 Sesi 2015/2016. Mesyuarat ini telah diadakan di Lecture Hall B, PAUIAM PJ bermula jam 9.45 malam dan telah ditangguhkan pada jam 11.50 malam. Meyuarat ini bertujuan untuk membentangkan laporan persatuan bagi sesi 2014/2015 dan mengadakan perlantikan ahli jawatankuasa yang baru. Tenaga-tenaga pengajar PSSCM UIAM PJ dan ahli-ahli PSSCM UIAM PJ telah menghadirkan diri dalam mesyuarat ini.

Majlis bermula dengan selawat badriyyah dan bacaan doa. Seterusnya, ucapan daripada Yang di-Pertua PSSCM UIAM PJ, saudara Abdul Hakim bin Ab Majid dan ucapan penyelia PSSCM UIAM PJ, Ustaz Khaharuddin bin Abdul Rahman. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Encik Riza Makhzan bin Arifin, Penasihat Undang-undang PSSCM.

Mesyuarat diteruskan semula selepas berehat dan telah dipengerusikan oleh Encik Ahmad Al-Amin bin Faisal.

Agenda bagi mesyuarat ini adalah seperti berikut:

  1. Perlantikan Pengerusi Mesyuarat Sementara MAT PSSCM PAUIAM PJ Kali Ke-6

  2. Kata-kata aluan oleh Pengerusi Mesyuarat Sementara MAT PSSCM PAUIAM PJ Kali Ke-6

  3. Perlantikan Setiausaha Sementara sebagai Pencatat Minit Mesyuarat

  4. Meluluskan dan mengesahkan minit mesyuarat MAT PSSCM PAUIAM PJ Kali Ke-5

  5. Menerima Laporan Aktiviti PSSCM PAUIAM PJ bagi Sesi 2014/2015

  6. Menerima Laporan Penyata Kewangan PSSCM PAUIAM PJ bagi Sesi 2014/2015

  7. Bersetuju menerima, menerima pakai dan meluluskan serta mengesahkan tindakan-tindakan dan segala keputusan ahli jawatankuasa PSSCM PAUIAM PJ yang diadakan sepanjang Sesi 2014/2015 yang diadakan sebelum MAT PSSCM PAUIAM PJ Kali Ke-6

  8. Membincangkan usul-usul berbangkit

  9. Pembubaran AJK PSSCM PAUIAM PJ Sesi 2014/2015

  10. Perlantikan AJK PSSCM PAUIAM PJ yang baru bagi Sesi 2015/2016

  11. Ucapan Penangguhan oleh Yang di-Pertua PSSCM PAUIAM PJ Sesi 2015/2016

  12. Penangguhan Mesyuarat MAT PSSCM PAUIAM PJ kali ke 6