Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-46
-7
hours
-1
-4
minutes
-3
-1
seconds
-1
-2

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

Ikatan Kasih Semarakkan Budaya

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak, UIAM KUANTAN

Pada 9 dan 10 Mei yang lalu, PSSCMUIAM Gombak telah menerima kehadiran 10 orang ahli PSSCMUIAM Kuantan untuk bersama-sama menjayakan program “Ikatan Kasih Semarakkan Budaya”. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli PSSCMUIAM Gombak dan Kuantan serta mempelajari asas seni kebudayaan warisan Melayu yang semakin lama semakin dilupakan.

Antara aktiviti yang dijalankan bersama sepanjang 2 hari tersebut ialah kelas kompang dan silat tari yang diajar oleh Pegawai PSSCM, Sdr. Azizul Azim dan Penyelia UPSI, Sdr. Azizul Naim. Disamping itu, aktiviti mengikatkan ukhuwah juga turut diadakan di Alang Sedayu,Gombak. Pada malam kemuncak program, beberapa ahli PSSCMUIAM Kuantan yang menyambut hari lahir pada bulan Mei telah diraikan bersama ahli-ahli yang lain dalam sebuah majlis makan malam ringkas di salah sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Program ini berjaya mencapai objektifnya. Diharapkan agar aktiviti mengeratkan ukhuwah ini diteruskan agar usaha menggapai matlamat “Bersama Bersatu” tercapai dengan jayanya.

Ditulis oleh: Editor PSSCMUIAM Gombak

PROGRAM SANTAI DI BUKIT PELINDUNG DAN TELUK CEMPEDAK

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM KUANTAN

 

_DSC0264edit

Pada 11 April 2015, program Santai di Bukit Pelindung dan Teluk Cempedak telah dianjurkan oleh Biro Sukan PSSCMUIAM Kuantan.  Program ini bertujuan untuk beriadah bersama ahli di samping mengeratkan ukhuwah sesama ahli.  Seramai 22 orang ahli telah menyertai program santai ini.

Pendakian ke Bukit Pelindung bermula pada jam 8 pagi dan sampai ke puncak pada jam 9.30 pagi.  Setelah sampai di puncak, kami berehat sambil menikmati keindahan bandar Kuantan yang dapat dilihat dengan jelas dari atas puncak.  Perjalanan diteruskan dengan melalui trek untuk turun ke Teluk Cempedak.  Tidak lama kemudian, kami sampai di Teluk Cempedak dan aktiviti diteruskan dengan beberapa latihan dalam kumpulan (LDK) yang telah dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada ex-officio.

Setelah selesai sesi modul, program santai diteruskan dengan aktiviti memasak bersama ahli di Rumah PSSCM Cawangan Pahang, Tanjung Api.  Selesai memasak, para ahli menjamu selera bersama dengan Penolong Penyelia Kelas Latihan UIAM Kuantan, En. Noor Azmi Bin Ibrahim.  Kemudian, program diteruskan dengan slot bersama En.Noor Azmi.  Program berakhir kira-kira jam 7 petang.

_DSC0049edit