Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-46
-7
hours
-1
-5
minutes
-4
-7
seconds
-1
-7

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

Minggu Cekak PSSCMUIAM

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM KUANTAN

17 September 2015-Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan telah menganjurkan Minggu Cekak Semester 1 2015/2016,bermula  6 sehingga 14 September bertujuan untuk mencari ahli baru.Pada 6 September 2015,Minggu Cekak bermula dengan Hari Bertemu Pelanggan (Client’s Day) yang diadakan bagi pengambilan ahli baru. Pameran dan demonstrasi turut diadakan pada hari tersebut.

Program ini diteruskan dengan pembukaan gerai pameran selama seminggu iaitu 3 hari di Kafe Mahallah Khalid Al-Walid, sehari di Kafé Mahallah Fatimah Az-Zahra dan sehari di Kafé Mahallah Ummu Kalthum. Booth dibukabermula jam 6 petang sehingga 9 malam. Demonstrasi dan mini penerangan turut diadakan di Kafe Mahallah Khalid Al-Walid pada 9 September 2015(Rabu). Sesi penerangan dikendalikan oleh Encik Yuzri Izli bin Abdul Wahid,Penolong Setiausaha PSSCM Cawangan Pahang.

KEJOHANAN WAJADIRI PSSCM IPT DAN JEMPUTAN KALI KE-6 2015

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak, UIAM KUANTAN

11892125_740832609377988_3285533025704367787_n22 Ogos 2015- PSSCMUIAM telah menghantar 2 skuad putera yang terdiri daripada PSSCMUIAM Gombak dan PSSCMUIAM Kuantan untuk menyertai Kejohanan Wajadiri PSSCM IPT Dan Jemputan Kali ke-6 2015 yang diadakan di Dewan Tengku Mahkota Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM),Batu Pahat, Johor.

Sebanyak 52 pasukan yang terdiri daripada IPT seluruh Malaysia dan cawangan PSSCM bersaing dalam 4 kategori yang dipertaruhkan untuk mempersembahkan keunikan dan keaslian Seni Silat Cekak Malaysia.

PSSCMUIAM Gombak telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi katogeri IPT Putera apabila merangkul 3 pingat emas dan 1 pingat perak dalam kejohanan kali ini. Dengan kemenangan ini diharapkan agar PSSCMUIAM terus melangkah maju ke hadapan untuk membantu PSSCM amnya dan PSSCMUIAM khasnya untuk terus menarik minat warga UIAM untuk menyertai PSSCM.Sekalung syabas dan tahniah diucapkan.

Majlis Penangguhan Kelas PSSCMUIAM

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM KUANTAN


IMG-20150516-WA000513Mei 2015-PSSCMUIAM Kampus Kuantan telah mengadakan Majlis Penangguhan Kelas bagi semester 2 2015 bertempat di Kafe Mahallah Maimunah, UIAM. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menandakan bahawa berakhirnya kelas latihan pada semester ini.

Majlis bermula pada jam 10.30 malam selepas tamat sesi kelas latihan dan berakhir kira-kira jam 11.45 malam.Majlis ini turut meraikan ahli-ahli yang bakal menamatkan pengajian mereka pada semester ini.

IMG-20150516-WA0001Majlis dimeriahkan lagi dengan jamuan dan acara memotong kek bagi ahli yang bakal graduasi pada semester ini.Dalam pada itu,majlis turut diserikan dengan ucapan YDP PSSCMUIAM, saudara Muhammad Iqkhwam Putra bin Mohd Imran dan Penolong Penyelia Kelas Latihan,En.Mohd Noor Azmi bin Mohd Ibrahim.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada ahli yang akan menamatkan pengajian pada semester ini dan juga kepada En Mohd Noor Azmi sebagai tetamu kehormat. Kemudian, bacaan selawat badriah dan berakhir dengan sesi fotografi.IMG-20150516-WA0005

Ujian Sijil Rendah (USR) Zon Timur 2015

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM KUANTAN

27 -28 Mac 2015-Ujian Sijil Rendah (USR) Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Peringkat ZonTimur 2015 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sultan Mizan Universiti Malaysia Terengganu(UMT). Seramai sepuluh orang ahli Kelas Kemahiran daripada Kelas Latihan PSSCMUIAM Kampus Kuantan dan dua orang daripada Pusat Asasi UIAM Gambang telah menduduki ujian ini.Seramai tujuh orang tenaga pengajar juga telah mengiringi calon USR dan membantu calon dalam membuat persiapan dan memberi sokongan moral kepada mereka .

Ujian Sijil Rendah bahagian teori telah dijalankan pada 27 Mac 2015 dan berlangsung selama dua jam.Keesokannya pada 28 Mac 2015 ujian praktikal telah dijalankan.Semua calon telah menduduki ujian dengan jayanya.Setelah ujian praktikal USR berakhir, majlis ini diteruskan dengan ucapan Ahli Jawatankuasa dan Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib daripada Ibu Pejabat PSSCM serta disusuli dengan perasmian penutup.Ujian tersebut berakhir dengan sesi bergambar dan makan tengahari kira- kira jam 3.30 petang.