Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-46
-7
hours
-1
-4
minutes
-1
-3
seconds
0
-8

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

KEM EXCO PSSCMUIAM KUANTAN

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM KUANTAN

12 FEBRUARI 2016 – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan telah  menganjurkan program Kem Exco PSSCMUIAM bertempat di Kempville Beach Resort, Kg Kempadang, Kuantan. Kem yang dianjurkan selama 3 hari 2 malam ini telah menggabungkan 3 kampus iaitu Kuantan, Gambang dan Gombak. Seramai 44 orang telah terlibat secara langsung dalam perkhemahan ini.

IMG_0007

Dengan matlamat untuk melahirkan barisan Exco yang berkepimpinan dan profesional menguruskan persatuan, kem ini dihadiri oleh Fasilitator yang terdiri dari Alumni dan Sekretariat yang sentiasa menerapkan nilai bersama dan bersatu dalam setiap modul yang dijalankan selaras dengan matlamat utama persatuan. Sepanjang berlangsungnya program, peserta diberi pendedahan secara menyeluruh mengenai perancangan dan pengendalian setiap biro yang dilihat dapat memudahkan kerja pentadbiran dan persatuan.

Majlis diserikan dengan forum dan ceramah terdiri daripada En. Yuzri Izli Bin Abd Wahid, Penolong Setiausaha PSSCM Cawangan Pahang dan juga En. Abdullah Fairuzullah Bin Ahmad Tajudin, Penolong Penyelia PSSCMUIAM Gambang. Antara intipati yang dibawa semasa berlangsunya forum adalah semangat untuk bersama dan bersatu dalam mentadbir persatuan agar persatuan bergerak seiiring dengan pentadbiran pusat dan seterusnya menepati konsep bersama dan bersatu dalam persatuan. Dalam perasmian penutup yang dirasmikan oleh En. Mohd Fuad Bin Arshad, Penolong Pengerusi Jabatan Pembangunan Pusat Pendidikan PSSCM dan juga Penyelia PSSCMUIAM Gombak, beliau telah menggariskan matlamat yang perlu diikuti terutamanya exco kerana exco dilihat sebagai barisan hadapan dalam mencerminkan keperibadian persatuan di mata pentadbir. Beliau juga menugcapkan tahniah dan syabas atas kejayaan menganjurkan perkhemahan ini.

IMG_9968

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perkhemahan ini. Diharapakan dengan penganjuran proram seperti ini dapat memberi semangat kepada semua ahli dan dapat mengembangkan potensi untuk menjadi pemimpin bertaraf profesional.

Untuk melihat lebih banyak gambar, klik pada pautan ini.

Majlis Penangguhan Kelas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UIAM Kuantan

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM KUANTAN

15 Disember 2015 – Majlis Penangguhan Kelas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UIAM Kuantan (PSSCMUIAMK) telah diadakan di Gobang Maju, Kuantan, Pahang. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan pelajar yang bakal menamatkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) disamping menandakan berakhirnya Semester 1 bagi Sesi 2015/2016

Majlis yang diadakan secara sederhana ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Abdul Rahman bin Abdul Rashid. Setelah selesai menjamu selera, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Saudara Izuan Afiq bin Khairudin, Yang Di-Pertua PSSCMUIAMK. Kemudian, ucapan oleh tetamu kehormat Saudara Mohamad Noorazmi bin Mohd Ibrahim, Penolong Penyelia PSSCMUIAMK. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada ahli-ahli yang bakal bergraduasi pada semester ini.

Diharapkan PSSCMUIAMK akan terus maju untuk semester yang mendatang dibawah pimpinan ahli jawatankuasa yang baru dilantik pada sesi ini

Perkhemahan Jalinan Kasih PSSCMUIAM

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak, UIAM KUANTAN, UIAM PJ

13 Oktober 2015-Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PSSCMUIAM) telah menganjurkan perkhemahan Jalinan Kasih PSSCMUIAM bertempat di Desa Eco Resort,Bentong selama tiga hari dua malam yang telah menggabungkan empat kampus iaitu Kampus Gombak,Petaling Jaya,Gambang dan Kuantan.Seramai 80 peserta telah menyertai perkhemahan tersebut.Para fasilitator yang terdiri daripada Alumni PSSCMUIAM juga turut terlibat dalam menjayakan program.

Antara tujuan perkhemahan ini diadakan untuk merapatkan  dan menyatupadukan hubungan antara keempat-empat kampus bersesuaian dengan konsep Bersama dan Bersatu serta menyelaraskan format pentadbiran persatuan antara kampus.Pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan sepanjang program seperti explorace, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), permainan tradisional,  dan sebagainya .

Terdapat tiga majlis rasmi telah diadakan iaitu majlis perasmian program, forum dan majlis penutup. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah En. Yusoff Bin Husain,Yang Di Pertua PSSCM Cawangan Pahang,selaku perasmi majlis ,En Khaharuddin Bin Abdul Rahman bersama En Mohd Fuad Bin Arshad sebagai panel jemputan forum  manakala En Faizal Bin Mohd Yusof turut menjadi panel  forum dan juga sebagai perasmi majlis penutup.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh ahli yang menyertai program ini . Semoga program ini dapat memberi impak yang besar kepada semua ahli yang hadir serta merapatkan lagi hubungan sesama ahli.