Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-46
-7
hours
-1
-5
minutes
-2
-7
seconds
-4
-5

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

MAJLIS PENANGGUHAN KELAS PSSCMUIAM KUANTAN SEM 2 2015/2016

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM KUANTAN

majlis akhir kuantan10 Mei 2016 – Telah diadakan Majlis Penangguhan Kelas PSSCMUIAM Kuantan bagi semester 2 sesi 15/16 bertempat di CTS Lounge, Kulliyyah Of Science. Seramai 25 ahli PSSCMUIAM Kuantan yang terdiri daripada kelas asas, kelas jatuh dan kelas tamat telah bersama memeriahkan majlis ini.

Berkonsepkan ‘potluck’, majlis dimulakan dengan jamuan makan yang disediakan oleh setiap ahli. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan YDP PSSCMUIAM Kuantan, saudara Izuan Afiq bin Khairudin diikuti dengan ucapan daripada Penolong Penyelia PSSCMUIAM Kuantan, Encik Mohamad Noorazmi bin Mohd Ibrahim. Majlis ini juga diserikan dengan penyampaian hadiah kepada ahli- ahli yang bakal bergadruasi pada semester ini.

Semoga ukhwah yang terjalin sesama ahli PSSCMUIAM sentiasa berkekalan di dalam hati setiap ahli walaupun sudah tidak bersama lagi.

https://www.facebook.com/psscmuiam

 

KURSUS SEMBELIHAN MENGIKUT SYARA’

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM KUANTAN

13061983_1242379292453782_1336387257750968870_n (1)23 April 2016- Dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan PSSCM Cawangan Pahang, PSSCMUIAM Kuantan telah berjaya mengadakan Kursus Sembelihan Mengikut Syara’ bertempat di Office of Campus Director UIAM Kuantan. Program sembelihan ini pertama kali diadakan oleh PSSCMUIAM Kuantan.

Program ini menawarkan informasi dalam bentuk teori dan latihan praktikal yang seimbang, yang membolehkan peserta mengaplikasi pengetahuan dan latihan kemahiran yang diberi dengan optimum.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus, ahli jawatan kuasa dan semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan program ini.

https://www.facebook.com/psscmuiam

UJIAN SIJIL RENDAH PERINGKAT ZON TIMUR 2016

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM KUANTAN

10346181_1210248225666889_8039298959837627931_n18-19 Mac 2016 – Telah diadakan Ujian Sijil Rendah (USR) PSSCM Peringkat Zon Timur 2016 bertempat di Exam Hall OSC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan. Seramai 160 ahli PSSCM yang terdiri daripada calon-calon ujian, juri dan penguji telah mengambil bahagian dalam program ini.

Ujian Sijil Rendah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu ujian teori dan praktikal. Ujian Teori telah diadakan pada Jumaat malam manakala Ujian Praktikal telah diadakan pada Sabtu pagi. Program ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Kassim Bin Husin, Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib PSSCM Zon Timur. Syabas dan tahniah kepada semua ahli yang terlibat bagi menjayakan ujian ini dan diharapkan agar semua calon mendapat keputusan yang cemerlang.

https://www.facebook.com/psscmuiam

MESYUARAT AGUNG PSSCM CAWANGAN PAHANG KALI KE 37

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM KUANTAN

12801455_10207634464133975_5013822125467200762_n5 MAC 2016 – Telah berlangsungnya Mesyuarat Agung PSSCM Cawangan Pahang kali ke 37 bertempat di UIAM Kampus Kuantan. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YBhg En. Shahrem Bin Md Ramli, Penolong Setiausaha Agung 2 PSSCM merangkap Wakil YMGU. Turut sama hadir adalah YBhg Ustaz Yusoff Bin Husain Yang DiPertua PSSCM Cawangan Pahang. Mesyuarat bermula pada jam 10:50 malam dan diakhiri dengan ucapan penangguhan daripada YDP Cawangan Pahang.

https://www.facebook.com/psscmuiam/