MAJLIS WALIMATUL URUS ALUMNI PSSCMUIAM KUANTAN, MUHAMMAD SYAFIQ
Alhamdulillah, pada Jumaat, 22 Disember 2017 telah berlangsung Majlis Penangguhan Kelas bagi kelas latihan UIAM Kuantan, bertempat di Wackos, Kulliyah of Science.
Majlis yang diadakan pada setiap semester ini telah dihadiri oleh 46 orang ahli PSSCMUIAM Kuantan, para tenaga pengajar serta wakil dari Sports Departments UIAM Kuantan, En. A’sri Bin Shapiai.
Majlis telah dimulakan dengan bacaan selawat badariyyah, serta ucapan dari Yang DiPertua PSSCMUIAM Kuantan, Muhammad Ruzairie Bin Rusli, wakil tenaga pengajar, En. Yuzri Izli Bin Abdul Wahid Penolong Penyelia PSSCMUIAM Kuantan, En Mohd Noorazmi Bin Mohd Ibrahim serta ucapan Penolong Pegawai Unit Sukan UIAM Kuantan, En. A’sri Bin Shapiai. Majlis ini juga telah dimeriahkan lagi dengan persembahan demonstrasi oleh Skuad Puteri PSSCMUIAM Kuantan yang telah memenangi tempat ke-2 keseluruhan pada Kejohanan Waja Diri 8 Di UITM Pulau Pinang.
Diharapkan agar semua ahli PSSCMUIAM Kuantan terus aktif di dalam persatuan, serta menperoleh kejayaan dalam peperiksaan akhir semester yang bakal tiba tidak lama lagi. Semoga berjumpa lagi pada sesi yang akan datang.
Terrima kasih & tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
Website: www.psscmuiam.com
Facebook: www.facebook.com/psscmuiam
Instagram: www.instagram.com/
21 Disember 2017- Seramai 15 orang ahli PSSCMUIAM Kuantan telah menghadiri majlis Berzanji dan Marhaban anjuran PSSCM Cawangan Pahang.
Majlis yang dianjurkan pada setiap malam jumaat itu telah diadakan di rumah sementara PSSCM Cawangan Pahang yang terletak di Tanjung Api, Kuantan. Encik Yusof Bin Husain selaku Yang Dipertua PSSCM Cawangan Pahang, juga merangkap sebagai Penyelia PSSCMUIAM Kuantan turun hadir untuk bersama-sama berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Majlis telah dimulakan dengan selawat Badriyyah, berzanji dan seterusnya diikuti oleh tazkirah ringkas daripada YDP Cawangan Pahang.
Semoga dengan ini, para ahli dapat berzanji dengan sempurna di samping mengingati junjungan besar nabi Muhammad SAW.
Website: www.psscmuiam.com
Facebook: www.facebook.com/psscmuiam
Instagram: www.instagram.com/