Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-43
-4
hours
0
-3
minutes
-3
-5
seconds
-1
-1

Berita Terkini

  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan
  • 30TH ANNUAL GENERAL MEETING PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA IIUM (PSSCMIIUM)

Program Santai PSSCMUIAM

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

1A17 Mei 2015 –Para pelajar kelas asas PSSCMUIAM telah menganjurkan program ‘Rehlah Santai’ dengan tujuan untuk mengukuhkan silaturrahim antara ahli kelas tamat dan tenaga pengajar serta ahli-ahli PSSCMUIAM yang lain.Seramai 9 orang ahli yang telah mengikuti program tersebut termasuk tenaga pengajar dan ahli-ahli yang lain.

Tentatif program yang pertama adalah menghadiri jemputan perkahwinan saudara Hafizy dan Athirah yang juga merupakan ahli PSSCM .Mereka bertolak dari UIAM sekitar jam 2 petang.

2AProgram diteruskan dengan bermain bowling di Wangsa Walk.Ia sebagai platform untuk membantu mereka untuk berkomunikasi dengan sokongan dan bantuan tenaga pengajar dan rakan-rakan yang lain.Program terakhir adalah melawat rumah saudara Khalid dan isterinya,yang merupakan tenaga pengajar PSSCMUIAM bagi tujuan aktiviti minum petang dan program santai.Ketika ini,banyak pengalaman yang disampaikan oleh para tenaga pengajar sepanjang berada di dalam PSSCMUIAM.Program berakhir jam 10:15.3A

Majlis Penangguhan Kelas PSSCMUIAM

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

11212165_1620528708165743_4883641378576167885_o12 Mei 2015(Selasa)- PSSCMUIAM, Gombak telah mengadakan majlis penangguhan kelas bagi semester 2 (2014/2015). Majlis ini diadakan di hadapan Moot Court, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim dan dihadiri hampir 50 orang pelajar. Seramai 15 orang tetamu kehormat telah dijemput yang  terdiri daripada Encik Mohd Fuad bin Arshad, penyelia kelas latihan PSSCMUIAM Gombak, Encik Belteshazzar @ Aminuddin bin Abdul Rashid, YDP PSSCMUIAM Gombak serta barisan tenaga pengajar.

10644737_1620529441499003_2039562730795620092_oEncik Mohd Fuad juga telah menyampaikan watikah perlatikan kepada barisan EXCO yang telah memberi sumbangan sepanjang semester ini. Majlis juga turut meraikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan pengajian mereka pada semester ini. Seramai 15 orang pelajar menerima cenderamata sebagai tanda kenangan.

Pada akhir majlis ini, kami telah mengadakan sambutan hari lahir bagi pelajar-pelajar yang lahir pada bulan April hingga Jun. Persembahan daripada ahli-ahli kelas asas dan ahli-ahli tamat membuatkan majlis ini semakin meriah. Majlis berakhir pada jam 12 tengah malam.11149599_1620529491498998_1653018562011131584_o

Ikatan Kasih Semarakkan Budaya

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak, UIAM KUANTAN

Pada 9 dan 10 Mei yang lalu, PSSCMUIAM Gombak telah menerima kehadiran 10 orang ahli PSSCMUIAM Kuantan untuk bersama-sama menjayakan program “Ikatan Kasih Semarakkan Budaya”. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli PSSCMUIAM Gombak dan Kuantan serta mempelajari asas seni kebudayaan warisan Melayu yang semakin lama semakin dilupakan.

Antara aktiviti yang dijalankan bersama sepanjang 2 hari tersebut ialah kelas kompang dan silat tari yang diajar oleh Pegawai PSSCM, Sdr. Azizul Azim dan Penyelia UPSI, Sdr. Azizul Naim. Disamping itu, aktiviti mengikatkan ukhuwah juga turut diadakan di Alang Sedayu,Gombak. Pada malam kemuncak program, beberapa ahli PSSCMUIAM Kuantan yang menyambut hari lahir pada bulan Mei telah diraikan bersama ahli-ahli yang lain dalam sebuah majlis makan malam ringkas di salah sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Program ini berjaya mencapai objektifnya. Diharapkan agar aktiviti mengeratkan ukhuwah ini diteruskan agar usaha menggapai matlamat “Bersama Bersatu” tercapai dengan jayanya.

Ditulis oleh: Editor PSSCMUIAM Gombak

Futsal Interaksi PSSCMUIAM

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

8 Mei 2015 (Jumaat)-PSSCMUIAM telah mengadakan program futsal interaksi antara kampus induk Gombak dan Pusat Asasi Petaling Jaya bertempat di Sri Gombak.Program futsal interaksi bermula jam 5 petang  dan berakhir jam 7:20 malam.

Program “Futsal Interaksi” bertujuan untuk mempererat dan mengukuhkan hubungan antara dua kampus.Selain itu,program ini bertujuan membentuk pasukan futsal daripada dua kampus serta membudayakan aktiviti rekreasi antara dua kampus Petaling Jaya dan Gombak.Seramai 14 orang dari Pusat Asasi Petaling Jaya,12 dari kampus induk Gombak,dua orang alumni PSSCMUIAM dan seorang tenaga pengajar telah menyertai futsal.

Syabas dan terima kasih kepada semua pihak kerana memberikan sokongan penuh dalam program ini dan berharap semoga hubungan antara PSSCMUIAM Gombak dan PSSCMUIAM Petaling Jaya bertambah erat.