Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-47
-6
hours
0
-7
minutes
0
-2
seconds
-1
-8

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 55

Written by webteam on . Posted in Berita, Pengumuman, Ucapan

 

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke 55 kepada semua. Semoga kemakmuran dan keamanan yang dikecapi selama ini akan terus berkekalan dan dihargai kita semua. Marilah kita bersama-sama menghayati makna kemerdekaan yang sebenar dan mengambil iktibar dari sejarah perjuangan membebaskan tanah air kita dari penjajah. Marilah kita “Bersama Dan Bersatu”.

“…bukan kecil tugas kita; meneruskan perjuangan kemerdekaan kita; kerana rupanya selain kemerdekaan; mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara…”                                (Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad)

AHLAN YA RAMADHAN!!!

Written by webteam on . Posted in Makluman, Ucapan

Ramadhan Kembali Lagi

 

 

 

 

 

 

 

 

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua khususnya kepada ahli-ahli PSSCMUIAM dan seluruh warga UIAM. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi lebih bermakna daripada tahun-tahun yang sebelumnya.

Sabda Rasulullah s.a.w :
“Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari

 

Ahlan Ya Ramadhan

Written by webteam on . Posted in Ucapan

Bersempena ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak PSSCMUIAM ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadikan kita lebih bersyukur dan lebih sabar dalam menjalani ibadat  berpuasa.

“MARHABAN YA RAMADHAN AL MUBARAK”

Selamat Kembali ke UIA!

Written by webteam on . Posted in Ucapan

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengucapkan selamat kembali ke UIA kepada semua khususnya kepada ahli-ahli yang masih meneruskan pengajian di bumi UIA ini.

Tidak dilupakan ucapan tahniah kepada mereka yang telah berjaya di dalam peperiksaan semester lepas. Kepada yang tidak, janganlah berputus asa. Sebaliknya teruslah berusaha kerana usaha itu tangga kejayaan.

Tahniah juga kepada ahli-ahli yang telah berjaya menamatkan pengajian di UIA dan yang akan melangkah ke alam pekerjaan. Semoga kenangan di sini sentiasa tersemat dalam ingatan.  Akhir kata dari kami, renungkanlah kata-kata dari Saiyidina Abu Bakar:

Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah.