Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-61
-3
hours
-2
-2
minutes
-5
-4
seconds
-3
-4

Berita Terkini

  • TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
  • CEKAK WEEK
  • π‚π„πŠπ€πŠ πŒπ„ππ˜π€π‡π”π“ 𝐒𝐄𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 ππ„π‘π“π€ππ‰π€πŠ
  • Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-63

Ahlan Ya Ramadhan

Written by webteam on . Posted in Ucapan

Bersempena ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak PSSCMUIAM ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadikan kita lebih bersyukur dan lebih sabar dalam menjalani ibadatΒ  berpuasa.

“MARHABAN YA RAMADHAN AL MUBARAK”

Cekak Week

Written by webteam on . Posted in Makluman, Pengumuman

Untuk pengetahuan semua, bermula dari 14 Julai 2010 hingga 30 Julai 2010, pihak Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan membuka kaunter untuk sesi pengambilan ahli baru.

Bersempena dengan itu, Majlis Penerangan serta Majlis Ijazah akan diadakan pada tarikh seperti yang tertera:

KAUNTER PENGAMBILAN AHLI BARU

Tarikh : 14 Julai 2010 hingga 23 Julai 2010
Tempat : Female Mosque Entrance
Tarikh : 26 Julai 2010 hingga 30 Julai 2010
Tempat : ITD Foyer

PERSEMBAHAN DEMONSTRASI SILAT CEKAK MALAYSIA

Tarikh : 21 Julai 2010 DAN 27 Julai 2010

MAJLIS IJAZAH

Tarikh : 29 Julai 2010
Masa : 8.30 PM
Tempat : Akan dimaklumkan

FAMILY DAY CEKAK

Tarikh : 1 Ogos 2010
Masa : 8.00 AM
Tempat : Akan dimaklumkan

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi:
Mohd Shazhakim 012 – 2570809
Nur Hamidah 013 – 3769519

Selamat Kembali ke UIA!

Written by webteam on . Posted in Ucapan

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengucapkan selamat kembali ke UIA kepada semua khususnya kepada ahli-ahli yang masih meneruskan pengajian di bumi UIA ini.

Tidak dilupakan ucapan tahniah kepada mereka yang telah berjaya di dalam peperiksaan semester lepas. Kepada yang tidak, janganlah berputus asa. Sebaliknya teruslah berusahaΒ kerana usaha itu tangga kejayaan.

Tahniah juga kepada ahli-ahli yang telah berjaya menamatkan pengajian di UIA dan yang akan melangkah ke alam pekerjaan. Semoga kenangan di sini sentiasa tersemat dalam ingatan.Β  Akhir kata dari kami, renungkanlah kata-kataΒ dari Saiyidina Abu Bakar:

Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah.

Jemputan ke Majlis Penerangan PSSCMUIAM

Written by webteam on . Posted in Makluman, Pengumuman

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, pada setiap semester, PSSCMUIAM akan menganjurkan majlis penerangan bersempena dengan Minggu Pengambilan Ahli PSSCMUIAM yang baru, bagi memberi penerangan tentang latar belakang dan informasi yang lebih lanjut tentang Silat Cekak kepada komuniti pelajar UIAM.

Sehubungan dengan itu, pada semester ini, PSSCMUIAM akan mengadakan Majlis Penerangan seperti butiran yang berikut:

  • Tarikh: Selasa, 2/2/2010
  • Tempat: Kuliyyah Ekonomi dan Pengurusan, LT 2
  • Masa: 9.00 mlm

Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Silat Cekak, anda dialu-alukan untuk menghadiri Majlis Penerangan ini.

Pelbagai informasi dan maklumat seperti sejarah, latar belakang, matapelajaran, serta kelebihan mempelajari Silat Cekak akan disampaikan kepada anda pada majlis tersebut.

Tidak lupa juga, anda akan dipersembahkan dengan demonstrasi mata pelajaran Silat Cekak serta demonstrasi silat dari Skuad Demonstrasi PSSCMUIAM.

Ayuh jangan lepaskan peluang ini. Jumpa anda disana πŸ™‚

“Sains dan teknologi boleh dicari di mana-mana, budaya tetap hak kita”