Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-47
-6
hours
0
-7
minutes
-2
-2
seconds
-4
-1

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

Majalah Panglima Lading Edisi Ke-2!

Written by webteam on . Posted in Makluman, Pengumuman

Setelah lama semua menanti kini pihak PSSCMUIAM akan mengeluarkan Majalah Panglima Lading Edisi Ke-2.

Majalah ini adalah merupakan terbitan tahunan PSSCMUIAM yang mana ia akan memaparkan berita-berita dan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh PSSCMUIAM sepanjang tahun ia diterbitkan.

Oleh itu, pihak PSSCMUIAM berharap agar majalah ini akan mendapat sambutan daripada semua ahli PSSCMUIAM kelak. Nantikan kemunculannya!…

Ahlan Ya Ramadhan

Written by webteam on . Posted in Ucapan

Bersempena ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak PSSCMUIAM ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadikan kita lebih bersyukur dan lebih sabar dalam menjalani ibadat  berpuasa.

“MARHABAN YA RAMADHAN AL MUBARAK”

Cekak Week

Written by webteam on . Posted in Makluman, Pengumuman

Untuk pengetahuan semua, bermula dari 14 Julai 2010 hingga 30 Julai 2010, pihak Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan membuka kaunter untuk sesi pengambilan ahli baru.

Bersempena dengan itu, Majlis Penerangan serta Majlis Ijazah akan diadakan pada tarikh seperti yang tertera:

KAUNTER PENGAMBILAN AHLI BARU

Tarikh : 14 Julai 2010 hingga 23 Julai 2010
Tempat : Female Mosque Entrance
Tarikh : 26 Julai 2010 hingga 30 Julai 2010
Tempat : ITD Foyer

PERSEMBAHAN DEMONSTRASI SILAT CEKAK MALAYSIA

Tarikh : 21 Julai 2010 DAN 27 Julai 2010

MAJLIS IJAZAH

Tarikh : 29 Julai 2010
Masa : 8.30 PM
Tempat : Akan dimaklumkan

FAMILY DAY CEKAK

Tarikh : 1 Ogos 2010
Masa : 8.00 AM
Tempat : Akan dimaklumkan

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi:
Mohd Shazhakim 012 – 2570809
Nur Hamidah 013 – 3769519

Selamat Kembali ke UIA!

Written by webteam on . Posted in Ucapan

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengucapkan selamat kembali ke UIA kepada semua khususnya kepada ahli-ahli yang masih meneruskan pengajian di bumi UIA ini.

Tidak dilupakan ucapan tahniah kepada mereka yang telah berjaya di dalam peperiksaan semester lepas. Kepada yang tidak, janganlah berputus asa. Sebaliknya teruslah berusaha kerana usaha itu tangga kejayaan.

Tahniah juga kepada ahli-ahli yang telah berjaya menamatkan pengajian di UIA dan yang akan melangkah ke alam pekerjaan. Semoga kenangan di sini sentiasa tersemat dalam ingatan.  Akhir kata dari kami, renungkanlah kata-kata dari Saiyidina Abu Bakar:

Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah.