Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-47
-6
hours
0
-7
minutes
-3
-9
seconds
-2
-9

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

Festival Cekak

Written by webteam on . Posted in Makluman, Pengumuman

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan menganjurkan program Festival Cekak bagi mempromosikan Seni Silat Cekak Malaysia di bumi UIAM ini dan seterusnya membuat pengambilan ahli baru untuk semester 1 sesi 2011/2012.

Antara aktiviti yang akan berlangsung sepanjang festival adalah:-

  1. Kaunter Penerangan
  2. Demonstrasi Silat Cekak
  3. Majlis Penerangan
  4. Night of Warriors

PSSCMUIAM akan membuka Kaunter Penerangan bagi memudahkan warga UIAM untuk mendapatkan maklumat lengkap dan tepat berkaitan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Kaunter akan dibuka:-

  • ITD Foyer 26 September 2011 – 30 September 2011
  • Kulliyyah of Economics and Management Science – 3 Oktober 2011 – 7 Oktober 2011

Festival akan berjalan dari 26 September 2011 hingga 7 Oktober 2011. Semua ahli PSSCM UIAM dijemput bersama-sama ahli jawatankuasa program dan Exco untuk menjayakan festival kali ini.

Salam Takziah

Written by webteam on . Posted in Makluman

Ucapan Takziah ditujukan buat Saudara Syahran B. Che Mat, ahli tamat PSSCMUIAM atas pemergian bapanya Che Mat B. Awang pada hari Selasa, 19 Julai 2011, jam 1.10 pagi akibat strok.

Allahyarham meninggal pada umur 65 tahun di rumahnya di Kampung Setol, Permatang Buloh, Kepala batas Pulau Pinang. Arwah meninggalkan seorang balu beserta 10 anak, 4 anak tiri dan 16 cucu. Jenazah selamat dikebumikan di Masjid Permatang Sungai Dua. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya. Al-Fatihah

Lagenda Utara 2011

Written by webteam on . Posted in Makluman, Pengumuman

PSSCMUIAM akan menganjurkan program Lagenda Utara 2011 yang akan melawati 3 buah negeri di utara Malaysia. Program ini bertujuan mengimbau dan menyusuri sejarah PSSCM selain sejarah kerajaan Melayu Lama. Selain itu juga, program tersebut juga menyediakan pengisian dari ahli-ahli PSSCM seperti Tuan Haji Ghazali, ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib PSSCM.

Berikut adalah keterangan lanjut mengenai program Lagenda Utara :