Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-66
-3
hours
-2
-2
minutes
-5
-2
seconds
-2
-5

Berita Terkini

  • Selamat Tahun Baru 2021
  • ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐“๐š๐ก๐ฅ๐ข๐ฅ ๐˜๐Œ ๐€๐ฅ๐ฆ๐š๐ซ๐ก๐ฎ๐ฆ ๐“๐ง. ๐‡๐ฃ. ๐ˆ๐ฌ๐ก๐š๐ค ๐๐ข๐ง ๐ˆ๐ญ๐š๐ฆ, ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š & ๐๐ซ๐ž๐ฌ๐ข๐๐ž๐ง ๐๐’๐’๐‚๐Œ ๐ค๐ž-๐Ÿ (๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ–๐Ÿ”-๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ๐Ÿ—)
  • TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Selamat Tahun Baru 2021

Written by webteam on . Posted in Ucapan

Semoga tahun ini boleh memberi lebih makna buat kita semua, dan sama-samalah kita berdoa semoga Negara kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat dari Allah SWT jua hendaknya…

Ikhlas daripada,
YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah,
Guru Utama dan Presiden PSSCM, barisan kepimpinan serta seluruh warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

#silatcekak55tahun
#silatcekakmalaysia
#psscmuiam
#psscmiium

TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Written by webteam on . Posted in Berita, Makluman, Uncategorized

Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu merupakan 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Jangan kita lupa bahawa Malaysia ini adalah sebuah Negara Berdaulat, teguh di bawah naungan Raja-raja Melayu.

Bacalah dan fahamilah dan jangan ada pihak yang cuba untuk mempertikaikan 7 Wasiat Raja-raja Melayu.

Maka kami sebagai sebuah badan Silat yang juga merupakan Benteng Pertahanan Ketiga Negara, kami akan terus menyokong dan kami akan terus mempertahankan institusi Raja-raja Melayu daripada diganggu-gugat oleh anasir-anasir luar.

7 Wasiat Raja-raja Melayu ini akan terus tersemat di jiwa dan sanubari kami.

Demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA (1441H/2020M)

Written by webteam on . Posted in Berita, Ucapan

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UIAM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia serta seluruh umat Islam.

Semoga sambutan kali ini akan terpahat menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Diharap agar semua dapat meneruskan pelaksanaan langkah penjagaan yang disarankan oleh pihak KKM. Ayuh bersama-sama kita kekalkan kebersihan dan memerangi Covid-19 dalam menyambut hari raya korban kali ini.

Kekalkan jarak sosial untuk kebaikan kita bersama.

Pergi warung minum sirap selasih,
Sambil bersembang dengan Makcik Leha,
Lembu dan kerbau akan disembelih,
Selamat menyambut Aidiladha.