TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu merupakan 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.
Jangan kita lupa bahawa Malaysia ini adalah sebuah Negara Berdaulat, teguh di bawah naungan Raja-raja Melayu.
Bacalah dan fahamilah dan jangan ada pihak yang cuba untuk mempertikaikan 7 Wasiat Raja-raja Melayu.
Maka kami sebagai sebuah badan Silat yang juga merupakan Benteng Pertahanan Ketiga Negara, kami akan terus menyokong dan kami akan terus mempertahankan institusi Raja-raja Melayu daripada diganggu-gugat oleh anasir-anasir luar.
7 Wasiat Raja-raja Melayu ini akan terus tersemat di jiwa dan sanubari kami.
Demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA.