Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-46
-7
hours
-1
-4
minutes
-5
-8
seconds
-5
-4

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

Demonstrasi sempena Karnival ASEAN Komuniti

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi, Uncategorized

dsp1

Pada 25 April 2015(Sabtu),Seramai 9 orang ahli tamat telah membuat persembahan demonstrasi di SMK Bandar Baru Seri Petaling,bersempena dengan Karnival ASEAN Komuniti.Skuad Demonstrasi PSSCMUIAM juga diiringi oleh 2 orang jurugambar.Demonstrasi ini diketuai oleh Saudara Khairul Firdaus selaku komandan.Persembahan demonstrasi berjalan dengan selamat dan  baik, bermula pada pukul 10.30 pagi dan disaksikan oleh semua jemputan program.Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada skuad demonstrasi PSSCMUIAM.

dsp2

Demonstrasi PSSCMUIAM DI SMAC 15

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi

a

Pada 14 April 2015,Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Petaling Jaya telah mengadakan Sport and Martial Art Carnival (SMAC),bermula pada jam 9:00 malam sehingga 11:30 malam.Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa (PSSCMUIAM) telah menghantar wakil dalam persembahan tersebut,Seramai 20 orang peserta terdiri daripada 9 orang dari Pusat Asasi Petaling Jaya dan 11 orang dari Kampus Utama Gombak.

Selain PSSCMUIAM,terdapat seni bela diri yang lain turut mengambil bahagian.Antaranya,Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia(PSSGM),Persatuan Seni Silat Ustaz Hanafi(PSSUH),Taekwondo dan Karate Shi To Ryu.Terdapat dua kategori persembahan,iaitu kategori sepasang dan berkumpulan.

Persembahan ini telah dihadiri oleh tenaga pengajar dan jurulatih-jurulatih serta semua persatuan seni bela diri di UIAM turut terlibat dalam menjayakan program tersebut.Selain itu,program ini disaksikan oleh para pelajar di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Program ini bertujuan untuk menarik minat para pelajar untuk mempelajari Seni Silat Cekak khususnya dan seni bela diri yang lain.Program ini mendapat sambutan positif daripada kalangan pelajar.

b

DEMONSTRASI MEMPROMOSIKAN PENGAMBILAN AHLI BARU PSSCMUIAM

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, Demonstrasi

Pada jumaat yang lepas, PSSCMUIAM menganjurkan persembahan demonstrasi bagi mempromosikan pengambilan ahli baru yang berlangsung beberapa hari yang lepas.

Menariknya, demonstrasi kali ini dikatakan bersejarah kerana ia dipersembahkan sebaik sahaja selesai solat jumaat. Juga dikatakan ini adalah kali pertama PSSCMUIAM membuat demonstrasi pada waktu tersebut.

Persembahan kali ini diwakili oleh 6 orang ahli tamat lelaki dan menyaksikan saudara  Ahmad sebagai komandan demonstrasi tersebut. Demonstrasi kali ini mengambil tempat di hadapan perpustakaan UIAM dan juga disaksikan oleh ramai pelajar UIAM baik plejar tempatan mahupun pelajar antarabangsa.

DEMONSTRASI PSSCMUIAM DI MAF14

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, Demonstrasi

khamis lalu bertarikh 16 oktober, PSSCMUIAM dijemput untuk mempersembahkan demonstrasi di sebuah program anjurarn Martial Arts Festival ’14. Pihak PSSCMUIAM menghantar seramai 16 ahli demonstrasi bagi mempersembahkan demonstrasi di main audi Kuliyyah of Engineering. persembahan juga disertai oleh persatuan-persatuan seni mempertahankan diri yang berdaftar di bawah  pusat sukan dan rekreasi UIAM.