Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-43
-4
hours
0
-3
minutes
-5
-4
seconds
-4
-3

Berita Terkini

  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan
  • 30TH ANNUAL GENERAL MEETING PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA IIUM (PSSCMIIUM)

DEMONSTRASI JEMPUTAN

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi, UIAM Gombak

IMG-20150730-WA0035 29/07/2015(Rabu)-Skuad demonstrasiPSSCMUIAM telah menerima jemputan untuk membuat persembahan demonstrasi sempena majlis penerangan di Dewan Dato’ Razali Ismail,IPG Ilmu Khas,Cheras.Seramai lima orang ahli telah terlibat dalam persembahan demonstrasi yang diketuai oleh komandan,Saudara Khalid.Majlis Penerangan telah disampaikan oleh pegawai penerangan,En.Fakrizal Mohamad,tenaga pengajar PSSCMUIAM.Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Dr Roziah binti Abdulah,Timbalan Pengerusi IPG Ilmu Khas.Majlis ini telah bermula jam 9:30 malam sehingga 10:45 malam.Kehadiran pada majlis tersebut memberangsangkan.Semoga Seni Silat Cekak akan terus berkembang sebagai silat akademik di seluruh Negara.IMG-20150730-WA0027

Demonstrasi Jemputan Khas

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi, UIAM Gombak

11147100_998035233549259_8625561776988288836_o29 Mei 2015(Jumaat)-Skuad demonstrasi PSSCMUIAM telah menerima jemputan persembahan demonstrasi Seni Silat Cekak Malaysia di Dewan Tunku Canselor(DTC),Universiti Malaya.Persembahan demonstrasi  diadakan bersempena dengan Malam Kebudayaan Haluan Siswa,pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya(PASUM).Seramai 1500 orang pelajar yang hadir dalam program tersebut.

11357084_998033956882720_3006655664194310193_oSeramai tujuh orang ahli tamat dan seorang komandan diketuai oleh Saudara Khalid,telah terlibat dalam persembahan demonstrasi ini.Selain itu,lima orang pengiring turut hadir sebagai tanda sokongan.Dalam slot tersebut, En.Wan Zul Azzlan selaku pegawai penerangan.Persembahan ini diadakan untuk menarik minat pelajar baru PASUM untuk mempelajari Seni Silat Cekak Malaysia.

Syabas dan tahniah diucapkan,semoga hubungan antara PSSCMUIAM dan PSSCMUM bertambah kukuh dan semoga pengambilan ahli baru berjalan dengan baik dan lancar.

 

Siri Demonstrasi dalam Student Carnival

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi

Pada 21 April 2015(Selasa),Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah mengadakan Karnival Siswa atau STUDENT CARNIVAL.Program STUDENT CARNIVAL diadakan setiap tahun.Bersempena dengan majlis pembukaan,skuad demonstrasi PSSCMUIAM buat pertama kali telah diundang membuat persembahan demonstrasi.Antara tetamu jemputan adalah Timbalan Rektor UIAM, Prof. Datuk Dr. Mizan Hitam.

Persembahan demonstrasi ini bermula jam 5:00 petang bertempat di Business Centre, demonstrasi diketuai oleh Saudara Alif Azlan dan disertai oleh 17 orang ahli tamat,9 orang lelaki dan 8 orang wanita.

Pada 23 April 2015(Khamis),skuad demonstrasi PSSCMUIAM sekali lagi membuat persembahan demonstrasi pada jam 3:30 petang bertempat di Business Centre.Skuad demonstrasi disertai oleh 17 orang ahli tamat,yang juga diketuai oleh Saudara Alif Azlan,9 orang lelaki dan 8 orang wanita.Skuad demonstrasi telah membuat persembahan sebanyak dua kali di khalayak para pelajar.

Dalam kedua-dua persembahan tersebut,ia telah berjalan dengan lancar dan selamat.Selain itu,ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para staf dan pelajar universiti.

Sekalung syabas dan tahniah kami ucapkan kepada Skuad Demonstrasi PSSCMUIAM.

 

DEMONSTRASI SEMPENA IIUM QUALITY DAY

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi

29 April 2015(Rabu)-Skuad Demonstrasi PSSCMUIAM telah diundang untuk membuat persembahan demonstrasi bersempena dengan majlis IIUM QUALITY DAY bertempat di Pusat Aktiviti Kebudayaan (CAC), UIAM Kampus Gombak. Majlis ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada para staf dan pensyarah yang banyak membantu mengharumkan nama baik UIAM. Majlis tersebut bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah Presiden UIAM, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim dan Rektor UIAM, Y.Bhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamaruddin.

Persembahan demonstrasi PSSCMUIAM pula bermula pada jam 10.00 pagi. Demonstrasi ini diketuai oleh saudara Khalid bin Mohamed dan disertai oleh 14 ahli tamat yang lain. Persembahan tersebut telah mendapat tepukan gemuruh daripada semua staf dan pensyarah yang hadir dalam program tersebut.

Sekalung syabas dan tahniah kami ucapkan kepada Skuad Demonstrasi PSSCMUIAM.