Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-43
-4
hours
0
-4
minutes
-2
-7
seconds
-4
-3

Berita Terkini

  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan
  • 30TH ANNUAL GENERAL MEETING PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA IIUM (PSSCMIIUM)

Persembahan Demonstrasi sempena Program Women of Wonders (WOW)

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi

11 Disember 2015 – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Anatarabangsa Malaysia (PSSCMUIAM) telah dijemput untuk menjayakan sebuah persembahan demosntrasi bersempena dengan Program Woman of Wonders (WOW) bertempat di Laman Kuliyyah Kejuruteraan UIAM Gombak. Program ini telah dianjurkan oleh pelajar dari Kuliyyah Pengurusan Ekonomi (KENMS) sebagai salah satu daripada aktiviti tahunan.

Penglibatan demonstrasi ini menandakan bahawanya ilmu seni silat sudah mula diterima dan disanjung tinggi dalam kalangan masyarakat dan seterusnya mendapat tempat yang tersendiri di UIAM. Diharapkan semoga dengan program jemputan seperti ini menjadi titik tolak kepada perkembangan PSSCMUIAM di UIAM Gombak di masa akan datang.

MASS DEMONSTRATION PSSCMIIUM

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, Demonstrasi, UIAM Gombak

IMG-20151005-WA00195 Oktober 2015 (Isnin)-PSSCMUIAM telah membuat persembahan demonstrasi sempena program Festival Cekak 2015  di  Expressive Corner.Seramai 17 orang yang terlibat dalam demonstrasi tersebut,11 lelaki dan 6 perempuan,yang diketuai oleh saudara Hasbi.Demonstrasi ini bertujuan untuk mempromosikan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dalam kalangan pelajar UIAM sesi pengambilan ahli baru semester 1 tahun 2015/2016. Demonstrasi bermula pada jam 1.25 tengah hari dan tamat pada pukul 2 petang.Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan demonstrasi ini. Semoga objektif demonstrasi ini berjaya dicapai iaitu dapat menarik minat lebih ramai pelajar untuk menyertai PSSCM.Sekalung penghargaan juga khas kepada En.Amir Husaimi,En Saiful Hazman dan En Izuan Farid,yang merupakan tenaga pengajar PSSCMUIAM telah membantu dalam persiapan untuk persembahan demonstrasi.

IMG-20151005-WA0012

 

PERSEMBAHAN DEMONSTRASI FESTIVAL CEKAK 2015

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, Demonstrasi, UIAM Gombak

29 September 2015 -Satu demostrasi Seni Silat Cekak Malaysia telah diadakan di Kuliyyah ICT bersempena Pengambilan Ahli Baru PSSCMUIAM bagi semester 1, 2015/2016.Persembahan demonstrasi ini adalah salah satu daripada slot dalam Festival Cekak 2015.

Ia bertujuan untuk memperkenalkan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia kepada warga UIAM dan seterusnya dapat menarik minat warga UIAM untuk mempelajari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Skuad demonstrasi ini telah disertai oleh 6 org ahli, 4 lelaki dan 2 perempuan yang diketuai oleh saudara Khalid.Persembahan ini telah berlangsung pada jam 1:35 tengah hari.Walaupun demo pada kali ini kurang mendapat sambutan daripada warga UIAM, namun tetap meneruskan promosi pengambilah ahli baru.

Walaubagaimanapun,diharapkan agar pengambilan ahli baru pada kali ini akan berjalan dengan jayanya selaras dengan pengiktirafan yang telah diberikan oleh pihak UIAM kepada PSSCMUIAM sebagai satu subjek berkredit di bumi “Knowledge and Virtue”(Ilmu dan Budi) ini.

Persembahan Demonstrasi PSSCMUIAM

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, Demonstrasi, UIAM Gombak

IMG-20150922-WA005422 September 2015 – Satu demostrasi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah diadakan di “Aikol river bay IIUM” bersempena Pengambilan Ahli Baru PSSCMUIAM bagi semester 1, 2015/2016. Persembahan demonstrasi ini telah disertai oleh 8 org ahli, 4 lelaki dan 4 perempuan yang diketuai oleh saudara Nur Irfan. Demo ini telah berlangsung pada jam 1:35 tengah hari. Diharapkan agar pengambilan ahli baru pada kali ini akan berjalan dengan jayanya selaras dengan pengiktirafan yang telah diberikan oleh pihak UIAM kepada PSSCMUIAM sebagai satu subjek berkredit di bumi “Ilmu dan Budi” ini.