Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-46
-7
hours
-1
-4
minutes
-2
-3
seconds
-4
-6

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

PERSEMBAHAN DEMONSTRASI DI PERKARANGAN MASJID UIAM GOMBAK

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi, UIAM Gombak

14203159_1369282133096830_277935029340860890_n9 SEPTEMBER 2016 – PSSCMUIAM telah mengadakan demonstrasi SILAT CEKAK bertempat di hadapan Masjid UIAM pada jam 2.15 petang (selepas solat jumaat) sempena program ‘Cekak Week 2016’ bagi sesi pengambilan ahli baru. Seramai 9 orang ahli demo PSSCMUIAM yang terlibat, termasuk 8 orang ahli tamat dan seorang tenaga pengajar.

Jutaan terima kasih diucapkan di atas kerjasama yang diberikan. Tahniah dan syabas diucapkan.

Kepada semua warga UIAM. Anda boleh mendaftar untuk Kelab dan Ko-k untuk semester 1 2016/17. Anda boleh mendaftar di;

Pendaftaran Ko-K

Kod : CCCN 2561

http://prereg.iium.edu.my

Pendaftaran ahli kelab:

https://goo.gl/forms/JNDnahNvkRmoxfTB2

Facebook Page PSSCMUIAM:

https://www.facebook.com/psscmuiam/

 

Persembahan Demonstrasi Sempena “Architectural Heritage Studies Exhibition”

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi, UIAM Gombak

WhatsApp Image 2016-08-17 at 2.42.06 PM

16 OGOS 2016 – PSSCMUIAM sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan demonstrasi sempena “Architectural Heritage Studies Exhibition” anjuran Kuliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar UIAM. Program yang berbentuk pameran ini mengetengahkan seni bina masjid-masjid lama berusia ratusan tahun serta memaparkan keindahan dan kebijaksanaan dalam reka bentuk seni bina Islam.

Seramai lima orang ahli tamat dan seorang Tenaga Pengajar telah terlibat secara langsung menjayakan demonstrasi ini. Turut hadir adalah Ahli-ahli dari PSSCMUIAM yang memeriahkan suasana dan memberi sokongan yang padu.

Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur kerana telah berjaya mengadakan satu program yang memaparkan ketinggian nilai reka bentuk dan seni bila islam.

https://www.facebook.com/psscmuiam

 

DEMOSNTRASI SEMPENA PRESIDEN PESAKA TURUN GELANGGANG

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi, UIAM Gombak

13124800_1250468081644903_1642828332199459330_n4 MEI 2016- Telah diadakan persembahan demonstrasi bersempena dengan Presiden PESAKA turun gelanggang yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Fasa 1E, Bandar Tun Razak, KL. Skuad demostrasi PSSCMUIAM Gombak sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk mempersembahkan persembahan demonstrasi dalam program tersebut. Seramai 10 orang pelajar telah terlibat dalam demonstrasi ini. Tahniah dan syabas diucapkan !

https://www.facebook.com/psscmuiam

 

PERSEMBAHAN DEMONSTRASI SEMPENA MALAM SANTAI BERSAMA REKTOR

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi, UIAM Gombak

28 JANUARI 2016 – PSSCMUIAM sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk mempersembahkan persembahan demonstrasi ringkas menyambut kedatangan tetamu kehormat majlis Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamarudin Rektor UIAM sempena Malam Santai bersama Rektor UIAM, bertempat di Main Hall CAC, Gombak pada jam 8.30 Malam. Seramai 7 org ahli demo PSSCMUIAM telah terlibat, terdiri daripada 3 orang tenaga pengajar dan 4 orang Ahli Tamat. Tahniah dan syabas diucapkan.