Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-46
-7
hours
-1
-4
minutes
-1
-5
seconds
-5
0

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

KEM EXCO PSSCMUIAM KUANTAN

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM KUANTAN

12 FEBRUARI 2016 – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan telah  menganjurkan program Kem Exco PSSCMUIAM bertempat di Kempville Beach Resort, Kg Kempadang, Kuantan. Kem yang dianjurkan selama 3 hari 2 malam ini telah menggabungkan 3 kampus iaitu Kuantan, Gambang dan Gombak. Seramai 44 orang telah terlibat secara langsung dalam perkhemahan ini.

IMG_0007

Dengan matlamat untuk melahirkan barisan Exco yang berkepimpinan dan profesional menguruskan persatuan, kem ini dihadiri oleh Fasilitator yang terdiri dari Alumni dan Sekretariat yang sentiasa menerapkan nilai bersama dan bersatu dalam setiap modul yang dijalankan selaras dengan matlamat utama persatuan. Sepanjang berlangsungnya program, peserta diberi pendedahan secara menyeluruh mengenai perancangan dan pengendalian setiap biro yang dilihat dapat memudahkan kerja pentadbiran dan persatuan.

Majlis diserikan dengan forum dan ceramah terdiri daripada En. Yuzri Izli Bin Abd Wahid, Penolong Setiausaha PSSCM Cawangan Pahang dan juga En. Abdullah Fairuzullah Bin Ahmad Tajudin, Penolong Penyelia PSSCMUIAM Gambang. Antara intipati yang dibawa semasa berlangsunya forum adalah semangat untuk bersama dan bersatu dalam mentadbir persatuan agar persatuan bergerak seiiring dengan pentadbiran pusat dan seterusnya menepati konsep bersama dan bersatu dalam persatuan. Dalam perasmian penutup yang dirasmikan oleh En. Mohd Fuad Bin Arshad, Penolong Pengerusi Jabatan Pembangunan Pusat Pendidikan PSSCM dan juga Penyelia PSSCMUIAM Gombak, beliau telah menggariskan matlamat yang perlu diikuti terutamanya exco kerana exco dilihat sebagai barisan hadapan dalam mencerminkan keperibadian persatuan di mata pentadbir. Beliau juga menugcapkan tahniah dan syabas atas kejayaan menganjurkan perkhemahan ini.

IMG_9968

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perkhemahan ini. Diharapakan dengan penganjuran proram seperti ini dapat memberi semangat kepada semua ahli dan dapat mengembangkan potensi untuk menjadi pemimpin bertaraf profesional.

Untuk melihat lebih banyak gambar, klik pada pautan ini.

BOOTH PAMERAN PENGAMBILAN AHLI BARU PSSCMUIAM

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

30 JANUARI 2016 – PSSCMUIAM telah membuka Booth Pameran untuk mendapatkan ahli baru bagi PSSCMUIAM bertempat di FOYER 1, CAC UIAM Gombak. Booth ini dibuka untuk membantu mempromosikan Silat Cekak sebagai matapelajaran Ko-Kurikulum dan mencari ahli baru PSSCMUIAM. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang terlibat.

 

Sambutan Maulidur Rasul 1437H Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita

 

16 Januari 2016 – Seramai 1,500 wakil dan ahli PSSCM seluruh negara telah hadir memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul 1437H Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia bertempat di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban, Negeri Sembilan. Seramai 25 orang ahli PSSCMUIAM yang terdiri daripada Tenaga Pengajar, Alumni dan Pelajar telah hadir bersama memeriahkan sambutan yang diadakan pada setiap tahun ini.

IMG-20160116-WA0029 IMG-20160116-WA0030

 

 

 

 

 

Bertemakan “PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA”, sambutan diadakan secara sederhana tetapi cukup meriah dan disambut baik oleh semua ahli PSSCM. Sambutan dimulakan dengan bacaan Kalamun Qadim, Berzanji dan Marhaban secara beramai -ramai.

Majlis kemudiannya diserikan dengan alunan merdu selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W oleh kumpulan Sa’adatul Ahbab dan seterusnya ceramah Maulidur Rasul oleh YBhg. Ustaz Rusli bin Jamaudin, Pengetua Maahad Ad-Dirasah Ad-Diniah As-Salamiah, Kedah serta ceramah oleh YBhg Encik Yusof bin Hussain, Yang Dipertua Cawangan Pahang.

12418116_1766031183628791_196190833890638071_n IMG-20160116-WA0026

 

Sambutan diakhiri dengan ucapan oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM yang seterusnya merasmikan penutupan Sambutan Maulidur Rasul 1437H Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2016

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, Uncategorized

12465945_1154138274611218_611000929070852325_o

31 Disember 2015- Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2016 telah diadakan bagi meraikan ketibaan tahun 2016 yang bertempat di  Rumah Cawangan PSSCM Jalan Kent. Majlis ini dihadiri oleh Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM. Terdapat pelbagai pengisian sepanjang majlis ini berlangsung seperti jamuan yang berkonsepkan ‘potluck’ dan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran En. Zainol bin Saifuddin, Yang Di-Pertua PSSCM Cawangan Selangor dan Puan Noor Zahrawany binti Salleh, isteri kepada En. Hafiz bin Jamil, Setiausaha Agung PSSCM.

Selain itu, satu tayangan video berkenaan kertas kerja yang telah diusahakan oleh Puan Ghazirah binti Mustapha, ahli PSSCM Cawangan UiTM Pulau Pinang. Video ini bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak kajian akademik mengenai Silat Cekak.

Kemuncak majlis ini adalah ucapan dari Yang Mulia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah.

Semoga tahun 2016 akan melakar lebih banyak kejayaan buat PSSCM dan PSSCMUIAM.

Galeri Gambar