Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-47
-6
hours
0
-6
minutes
-5
-5
seconds
-4
-3

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

TRIP SANTAI KE CAMERON HIGHLAND

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak, UIAM PJ

22-24 April 2016-Telah berlangsungnya trip santai ke Cameron Highlands anjuran Webteam PSSCMUIAM. Program selama 3 hari 2 malam ini dihadiri oleh ahli seramai 25 orang terdiri daripada kampus uia pj dan uia gombak. Antara objektif yang ingin dicapai adalah untuk menyelaraskan pergerakan webteam antara 4 kampus. Sepanjang program dijalankan, peserta didedahkan dengan matlamat dan fungsi penubuhan webteam melalui slot Webteam yang dikelolakan oleh Pengerusi Webteam. Peserta juga didehkan dengan konsep bersama dan bersatu melalui modul-modul yang telah dirancang.

Majlis Penutup telah dirasmikan oleh wakil Penyelia PSSCMUIAM Gombak, En. Belteshazzar @ Aminuddin bin Abdul Rashid. Pada majlis penutup ini, En. Belteshazzar menceritakan kembali sejarah penubuhan webteam serta menggesa ahli Webteam khususnya dan ahli PSSCMUIAM amnya untuk bergerak memajukan persatuan selari dengan peredaran zaman. Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

 

https://www.facebook.com/psscmuiam

KURSUS SEMBELIHAN MENGIKUT SYARA’

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM KUANTAN

13061983_1242379292453782_1336387257750968870_n (1)23 April 2016- Dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan PSSCM Cawangan Pahang, PSSCMUIAM Kuantan telah berjaya mengadakan Kursus Sembelihan Mengikut Syara’ bertempat di Office of Campus Director UIAM Kuantan. Program sembelihan ini pertama kali diadakan oleh PSSCMUIAM Kuantan.

Program ini menawarkan informasi dalam bentuk teori dan latihan praktikal yang seimbang, yang membolehkan peserta mengaplikasi pengetahuan dan latihan kemahiran yang diberi dengan optimum.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus, ahli jawatan kuasa dan semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan program ini.

https://www.facebook.com/psscmuiam

STUDENT CARNIVAL 2016

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

13076800_1239663699392008_4383039731137130093_n20-21 April 2016 – Telah diadakan Student Carnival 2016 anjuran Centre For Credited Leadership & Virtues (CLAV). Program yang diadakan selama 2 hari ini menampilkan hampir 20 booth dari kelab dan persatuan yang bernaung di bawah CLAV. PSSCMUIAM melalui booth nya menampilkan replika berkonsepkan singgahsana dan mengandungi pelbagai informasi dan aktiviti sepanjang PSSCMUIAM ditubuhkan di UIAM Gombak. PSSCMUIAM juga telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan “Best Booth Student Carnival 2016” mengalahkan booth dari persatuan dan kelab yang lain. Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan ini.

 

https://www.facebook.com/psscmuiam