Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-46
-7
hours
-1
-4
minutes
-1
0
seconds
-1
-9

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

MAJLIS PENANGGUHAN KELAS PSSCMUIAM GOMBAK SEM 2 2015/2016

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

last class gombak11 May 2016 – Seramai 60 orang ahli PSSCMUIAM Gombak telah menghadiri Majlis Penangguhan Kelas PSSCMUIAM Gombak bagi Semester 2 2015/2016 yang bertempat di Moot Court,Aikol. Majlis ini dihadiri oleh Tenaga Pengajar, Alumni serta Ahli-ahli PSSCMUIAM.

Majlis dimulakan dengan ucapan En.Rasyid Bin Aziz Yang di-Pertua PSSCMUIAM, dan En. Mohd Fuad Bin Arshad Penyelia PSSCMUIAM.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan setiap kelas yang terdiri daripada kelas asas dan ahli tamat PSSCMUIAM. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada ahli PSSCMUIAM yang bakal manamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda pada semester 2 2015/2016. Tahniah diucapkan.

Sekalung Tahniah dan Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam persiapan majlis serta sepanjang program berlangsung.

Semoga ukhuwah dan ikatan yang terjalin berkekalan hingga ke akhirnya.

https://www.facebook.com/psscmuiam

 

MAJLIS PENANGGUHAN KELAS PSSCMUIAM KUANTAN SEM 2 2015/2016

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM KUANTAN

majlis akhir kuantan10 Mei 2016 – Telah diadakan Majlis Penangguhan Kelas PSSCMUIAM Kuantan bagi semester 2 sesi 15/16 bertempat di CTS Lounge, Kulliyyah Of Science. Seramai 25 ahli PSSCMUIAM Kuantan yang terdiri daripada kelas asas, kelas jatuh dan kelas tamat telah bersama memeriahkan majlis ini.

Berkonsepkan ‘potluck’, majlis dimulakan dengan jamuan makan yang disediakan oleh setiap ahli. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan YDP PSSCMUIAM Kuantan, saudara Izuan Afiq bin Khairudin diikuti dengan ucapan daripada Penolong Penyelia PSSCMUIAM Kuantan, Encik Mohamad Noorazmi bin Mohd Ibrahim. Majlis ini juga diserikan dengan penyampaian hadiah kepada ahli- ahli yang bakal bergadruasi pada semester ini.

Semoga ukhwah yang terjalin sesama ahli PSSCMUIAM sentiasa berkekalan di dalam hati setiap ahli walaupun sudah tidak bersama lagi.

https://www.facebook.com/psscmuiam

 

PROGRAM SANTAI DI RUMAH ANAK YATIM BAITI SAIDATI KHADIJAH

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

ank yatim

8 May 2016 -PSSCMUIAM Gombak telah mengadakan Program Santai di Rumah Anak Yatim Baiti Saidati Khadijah. Seramai 25 orang ahli PSSCMUIAM Gombak telah bersama mengambil bahagian dalam program ini. Bertemakan konsep santai, anak anak yatim disini di sediakan dengan aktiviti aktivit yang cukup menarik dan menyihatkan tubuh badan.

Program yang diadakan setiap semester ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli dan anak anak yatim di Rumah Anak Yatim Baiti Saidati Khadijah, selain melakukan kebajikan menggembirakan dan bersama sama dengan anak yatim.

Diharap program akan terus dijalankan pada masa akan datang dan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan. Tahniah dan syabas diucapakn atas kejayaan program.

https://www.facebook.com/psscmuiam

 

UJIAN SIJIL RENDAH ZON UTARA

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

aaf99f0b-14ec-4404-b113-8ede765389dd30 APRIL 2016 – Telah berlangsungnya Ujian Sijil Rendah Zon Utara PSSCM yang diadakan di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang. Antara tujuan diadakan Ujian Sijil Rendah adalah untuk menguji ahlinya yang telah tamat dalam mempelajari matapelajaran Silat Cekak melalui ujian praktikal dan bertulis.

Seramai 14 orang ahli dari PSSCMUIAM Gombak telah hadir menjalani ujian praktikal tersebut diiringi oleh 2 orang tenaga pengajar. Tahniah dan syabas diucapakan kepada mereka yang telah berjaya menduduki Ujian Sijil Rendah.

https://www.facebook.com/psscmuiam