Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-42
-7
hours
-2
0
minutes
0
0
seconds
-3
0

Berita Terkini

  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan
  • 30TH ANNUAL GENERAL MEETING PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA IIUM (PSSCMIIUM)

KURSUS PENGURUSAN IPT KALI KE-6 PSSCM

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak, UIAM PJ

KURSUS27-29 Mei 2016 – Seramai 8 orang wakil Exco yang terdiri daripada ahli dari PSSCMUIAM Gombak dan PSSCMUIAM PJ telah dihantar untuk mengikuti Kursus Pengurusan IPT kali ke 6 yang telah dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang (PSSCM UiTM PP). Kursus yang diadakan selama 3 hari 2 malam di Dewan Kristal UiTM PP telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Fozi bin Ali, Rektor Universiti Teknologi Mara P. Pinang dan perasmian penutup pula telah disempurnakan oleh En. Faizal bin Mohd Yusoff, Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM, merangkap Pengerusi Jabatan Pembangunan Pusat Pendidikan PSSCM.

Antara intipati yang diperolehi peserta dari kursus tersebut ialah cara mengurus dan mentadbir persatuan di peringkat IPT dengan lebih efektif dan praktikal, pengurusan kewangan yang cekap dan telus serta motivasi untuk terus aktif berada di dalam persatuan selepas melepasi peringkat tamat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada PSSCM UiTM PP di atas kejayaan dalam menganjurkan dan menguruskan kursus ini yang julung-julung kali diadakan di luar daripada zon lembah klang. Setinggi-tinggi syabas diucapkan!

https://www.facebook.com/psscmuiam

 

MAJLIS PENANGGUHAN KELAS PSSCMUIAM PJ SEM 3 2015/2016

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM PJ

akhir kelas pj22 MEI 2016 – Telah berlangsungnya Majlis Penangguhan Kelas PSSSCMUIAM PJ bagi Semester 3 2015/2016 yang bertempat di Annex 101. Majlis diserikan dengan kehadiran Tenaga Pengajar dan Ahli-ahli PSSCMUIAM Petaling Jaya yang hampir mencecah 80 orang.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari wakil Tenaga Pengajar, En Hazree bin Ahmad diikuti dengan persembahan dari setiap kelas iaitu kelas asas,potong dan ahli tamat PSSCMUIAM. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada ahli yang bakal ke kampus induk dan mengiktiraf ahli yang mendapat dekan hasil daripada kecermelangan dalam bidang akademik.

Tahniah dan syabas diucapakan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

https://www.facebook.com/psscmuiam

 

MAJLIS KONVOKESYEN KE-33 PSSCMUIAM GOMBAK DAN PSSCMUIAM PJ

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak, UIAM PJ

KONVO21 Mei 2016 – Seramai 15 orang ahli PSSCMUIAM PJ dan 14 orang ahli PSSCMUIAM Gombak telah diiktiraf tamat mempelajari matapelajaran Silat Cekak. Majlis yang diadakan di Dewan Datuk Haji Maideen, Negeri Sembilan telah menyaksikan ahli ahli PSSCM diiktiraf sebagai ahli tamat PSSCM.

Turut diiktiraf adalah srikanda dan srikandi PSSCM yang cemerlang dalam Ujian Sijil Rendah PSSCM yang mendapat sijil khas iaitu Sijil Kepujian. Ahli ahli PSSCMUIAM turut tidak terkecuali mendapat pengiktirafan ini. Seramai 3 orang ahli PSSCMUIAM Gombak dan 3 orang ahli PSSCMUIAM PJ telah mendapat pengiktirafan ini.

Tahniah dan syabas diucapkan.

https://www.facebook.com/psscmuiam

 

 

 

E – UJIAN KOKORIKULUM PSSCMUIAM CCCN 2561 SEMESTER 2 2015/2016

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

ujian koko18 Mei 2016 – Telah diadakan E-ujian kelas Kokurikulum PSSCMUIAM bagi Semester 2 2015/2016 yang bertempat di Aikol MM.1.1 . Berkonsepkan teknologi tanpa kertas, ujian ini mengandungi 80 soalan dan perlu di jawab dalam tempoh masa 2 jam.

Seramai 14 orang ahli kelas Ko-k telah selesai mengambil ujian.2 orang Tenaga Pengajar dan 3 orang ahli tamat turut membantu selaku pengawas peperiksaan.

Tahniah dan terima kasih buat semua Tenaga Pengajar, ahli kelas Ko-K dan Ahli tamat yang telah terlibat dalam melancarkan proses ujian ini . Semoga beroleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.

https://www.facebook.com/psscmuiam