Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-46
-7
hours
-1
-4
minutes
-2
-8
seconds
-4
-1

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

Written by Editor PSSCMUIAM on . Posted in Aktiviti, Berita

11 Januari 2013(Jumaat)-Sepanjang semester yang lalu, pelbagai bentuk wacana program dan aktiviti telah dijalankan oleh ahli-ahli PSSCMUIAM. Semua kisah pahit manis dalam mengadakan aktiviti bersama mengeratkan lagi hubungan sesama ahli dari kelas asas hingga kelas demostrasi. Segalanya dilakukan tanpa rasa penat dan jemu.

Diantara aktiviti yang dilakukan antaranya adalah kelas berzanji yang telah dikendalikan oleh En Azman Bin Malik. Kelas ini telah berlangsung pada 7 November 2012 bersamaan dengan hari Rabu, bertempat di Surau Wanita Kuliyyah Ekonomi. Turut hadir pada malam itu adalah En Mohd Fuad Bin Arshad, dan ahli dari Kelas Latihan BMI.

Mesyuarat Agung Tahunan PSSCMUIAM kali ke-23

Written by Editor PSSCMUIAM on . Posted in Aktiviti, Berita

7 Disember 2012(Jumaat)- Pada 4 Disember yang lalu telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan PSSCMUIAM kali ke-23 di dewan LT 2 Bangunan Pentadbiran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bermula jam 9.00 malam hingga 12.00 malam. Mesyuarat Agung Tahunan ini bertujuan pembubaran Ahli Jawatankuasa sesi 2011/2012 dan juga pelantikan Ahli Jawatankuasa sesi 2012/2013. Majlis ini telah dihadiri seramai 86 orang peserta.

Disamping itu, majlis ini telah dihadiri beberapa tetamu jemputan yang terdiri daripada  Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat PSSCM antaranya En. Roslin Bin Ali Omar Naib Presiden 1 PSSCM , En. Faizal Bin Mohd Yusof Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM, Dr. Adli Bin Yaacob Penasihat PSSCMUIAM dan En. Mohd Fuad Bin Arshad Penyelia Kelas Latihan PSSCMUIAM.