Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-57
-5
hours
-2
0
minutes
-5
-5
seconds
-3
0

Berita Terkini

  • 𝐂𝐄𝐊𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐇𝐔𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐉𝐀𝐊
  • Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-63
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA (1441H/2020M)
  • Ulang Tahun Kelahiran YM Datuk Haji Maideen

Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM

Written by webteam on . Posted in Berita, Makluman, Ucapan

3 Jun 2020

11 tahun yang lalu, insan ini telah diamanahkan untuk memikul tanggungjawab selaku Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah.

Inilah insan yang telah begitu banyak berkorban, menyumbang masa, tenaga dan wang ringgit demi kelangsungan perkembangan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

11 tahun beliau memegang tampuk pentadbiran PSSCM, begitu banyak kemajuan dan perkembangan yang telah dikecapi. Baik dari segi persilatan mahupun di bidang pentadbiran Persatuan, diuruskan secara sistematik, hasil garapan idea oleh beliau sendiri.

Pandangannya yang begitu memberangsangkan, perspektif idea yang cukup berkualiti, perlaksanaan setiap perancangan yang dikawal selia oleh beliau sendiri, menjadikan beliau sebagai IDOLA bagi ahli-ahli PSSCM.

Terima kasih YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah atas bimbingan, panduan dan nasihat. Terima kasih kerana sudi memimpin kami. Sesungguhnya tidak terbalas oleh kami, ahli-ahli sekalian.

Hanya doa yang mampu kami titipkan buat YM Datuk, semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat yang bertali-arus dari Allah SWT, diberikan kesihatan tubuh badan, dikurniakan keberkatan usia untuk terus memimpin kami, untuk terus mengemudi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ke arah yang lebih dinamik dan berkualiti.

“True leadership lies in guiding others to success–in ensuring that everyone is performing at their best, doing the work they are pledged to do and doing it well.” –Bill Owens


Trackback from your site.