Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-47
-6
hours
0
-8
minutes
-1
-2
seconds
-5
-9

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

Majlis Perasmian Festival KL – Di Sini Semaraknya Seni!

Written by Editor PSSCMUIAM on . Posted in Aktiviti, Berita


2 Julai 2012 (Isnin)- Majlis perasmian sempena Festival Kuala Lumpur telah berlangsung dengan penuh gemilang di Istana Budaya pada 30 Jun yang lalu yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Tujuan perasmian ini diadakan adalah sebagai pembuka tirai bagi festival KL yang bakal berlangsung selama 1 bulan bermula 1 Julai hingga 31 Julai 2012.

PSSCM telah mendapat jemputan dari Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan ke Majlis Perasmian Festival Kuala Lumpur di Istana Budaya, Jalan Tun Razak. Oleh yang demikian, PSSCM telah menghantar seramai lebih dari 100 orang ahli sebagai tanda sokongan kita terhadap program tersebut. Dari PSSCMUIAM sendiri juga telah menghantar wakil seramai 14 orang dari UIA Gombak dan 15 orang dari UIA PJ. Majlis yang telah bermula seawal 8 malam itu berakhir jam 10 malam.

Diharapkan dengan kehadiran ahli-ahli ke majlis seperti ini dapat merapatkan lagi ukhuwah yang telah sedia terjalin serta dapat beramah mesra dengan ahli-ahli dari kelas IPT serta kelas latihan cawangan yang lain. Bersama-samalah kita  BERSAMA dan BERSATU!

Trackback from your site.

Leave a comment