Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-71
-4
hours
-1
-2
minutes
-5
-4
seconds
0
-7

Berita Terkini

  • INTRODUCTION ABOUT PSSCM: SLOT 1 – Stanza 3 & 4
  • INTRODUCTION ABOUT PSSCM: SLOT 1 – Stanza 1 & 2

Laporan Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan kali ke-3

Written by webteam on . Posted in Berita

Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan kali ke-3 yang dianjurkan oleh PSSCMUiTM telah diadakan pada 12 dan 13 Disember 2009 yang lepas, bertempat di Kampus UiTM Puncak Alam, Selangor.

Pertandingan Persembahan Karnival Wajadiri IPT kali ini disertai oleh 32 pasukan dari 26 IPTA dan IPTS seluruh negara. Sebanyak 23 pasukan dari kategori Putera dan 9 pasukan dari Kategori Puteri menyertai wajadiri kali ini.

PSSCMUIAM telah menghantar dua pasukan sebagai wakil untuk bertanding.

Majlis perasmian Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan kali ke-3 ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Raduan Che Ros, Penasihat Khas Kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin sebagai mewakili Y.B. Menteri.

Selesai majlis perasmian, pertandingan dimulakan pada jam 12 tengah hari. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan.

Pada sebelah malam pula berlangsungnya Majlis Makan Malam Perdana Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan kali ke-3. Semasa majlis makan malam berlangsung,  hadirin dihiburkan dengan persembahan Demonstrasi Parang Lading, Demonstrasi Silat Tari dan juga Tayangan video dari PSSCMUiTM.

Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Kadir Shah telah memberikan ucapan selepas hadirin selesai menjamah juadah yang dihidangkan.

Majlis penutup dan pengumuman pemenang berlansung pada 13 Disember. Pada majlis penutup ini, juara keseluruhan bagi kategori Putera(Politeknik Sultan Azlan Shah) dan Juara Keseluruhan bagi Kategori Puteri (Universiti Teknologi MARA, Pahang) serta Juara Jemputan dari cawangan mengadakan persembahan demonstrasi.

Selain itu, sesi mengambil gambar bagi setiap pasukan yang bertanding juga diadakan. Majlis diakhiri dengan sesi nyanyian lagu rasmi PSSCM, Warisan Mutlak.

Pasukan Puteri dari PSSCMUIAM berjaya mendapat Tempat Ketiga bagi Kategori 1,Naib Johan bagi Kategori 2, Tempat Ketiga bagi Kategori 3 dan Pasukan Puteri Harapan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan Puteri dan Putera PSSCMUIAM atas kemenangan yang diperolehi dan juga kerana telah memberikan yang terbaik dalam Karnival Wajadiri IPT kali ini.

Untuk senarai keputusan Wajadiri IPT kali ke-3, sila klik disini

Sumber berita: SilatCekak

Tags: , ,

Trackback from your site.

Leave a comment