Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-23
-2
hours
-1
-7
minutes
-5
-5
seconds
-4
-8

Berita Terkini

  • DEMONSTRATION AT CITSM 2019
  • KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIAM
  • PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
  • ULANG TAHUN  KELAHIRAN YM DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH, GURU UTAMA DAN PRESIDEN PSSCM

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT REKTOR UIAM

Written by Exco PSSCMUIAM on . Posted in Aktiviti, Berita, UIAM Gombak

Rabu(23 Oktober 2019)- Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, dengan syafaat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, dengan berkat guru-guru kita, dengan karamah dan hikmah kedua ibu bapa kita, satu kunjungan hormat dari PSSCMUIAM telah diadakan ke Pejabat Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kunjungan hormat ini telah diwakili oleh Tn Hj Kaharuddin bin Abd Rahman, Penolong Setiusaha Agung 1 PSSCM, En Mohd Fuad bin Arshad, Penyelia PSSCMUIAM Gombak, Dr. Nor Aiman bin Sukindar, Alumni PSSCMUIAM Gombak, Saudara Amzanil Shah bin Arnizam Shah, Yang di-Pertua PSSCMUIAM Gombak, dan Saudari Siti Noor Solehan binti Salleh, Naib Yang di-Pertua 2 PSSCMUIAM Gombak. Kunjungan hormat ke Pejabat Professor Emeritus Tan Sri Dato Dzulkifli bin Abdul Razak ini turut disertai En. Tuan Anuzi bin Nik Him, Pegawai Pentadbir di Pejabat Rektor.

Kunjungan hormat ini telah membincangkan beberapa perkara mengenai perjalanan Silat Cekak di UIA selama 30 tahun dan juga mengenai perancangan PSSCMUIAM di masa hadapan dlm menyumbang kepada aspirasi UIAM sbg Taman Ilmu dan Budi.

Ini termasuklah peranan PSSCMUIAM dlm melestarikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui nilai budaya Silat Cekak, Program Komuniti yg lebih berimpak, Integrasi PSSCMUIAM dgn dengan warga kampus, serta mengukuhkan lagi status Ko-K Seni Silat Cekak Malaysia di UIAM.

Alhamdulillah, perbincangan ini mendapat reaksi dan sambutan yang positif daripada pihak YBhg Rektor. Beliau menyokong penuh usaha dan program yang akan dilakukan oleh PSSCMUAIM pada masa hadapan. YBhg Rektor turut menghadiahkan 2 naskah buku berkaitan Falsafah Pendidikan Negara serta menyatakan keyakinan beliau dgn pakej nilai Ilmu Seni Silat Cekak dalam merealisasikan Falsafah tersebut.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak YBhg Rektor atas penerimaan dan sambutan yang sangat baik terhadap wakil PSSCMUIAM. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan kunjungan hormat ini.

Diharapkan hasil dari kunjungan ini PSSCMUIAM akan terus proaktif dalam membawa aspirasi dan dasar UIAM ke setiap lapisan masyarakat.

Trackback from your site.