Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-47
-6
hours
0
-8
minutes
-3
-5
seconds
0
-8

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

KONVOKESYEN PSSCM ZON TENGAH….

Written by Editor PSSCMUIAM on . Posted in Aktiviti, Berita

Pada 16 Jun 2012 bersamaan 26 Rejab 1433H yang lalu, PSSCMUIAM telah dijemput untuk menghadiri majlis Konvokesyen PSSCM Zon Tengah yang bertempat di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan DBKL, Cheras.

sumber www.silatcekak.org.my

Majlis dimulakan dengan ketibaan YM Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah, Guru Utama PSSCM. Seramai 17 orang ahli PSSCMUIAM yang terdiri dari 9 orang dari UIA GOMBAK dan 8 orang dari UIA NILAI merupakan penerima sijil pada majlis kali ini.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyerahan watikah dan penyampaian sijil kepada semua penerima sijil. Pada majlis kali ini, 2 orang ahli PSSCMUIAM telah menerima sijil kepujian. Mereka adalah Saudari Nur Hidayati Binti Syawal dan Saudari Zakira Imana Binti Mohd Zahari. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian penutup oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama PSSCM.

Majlis disudahi dengan alunan selawat badriyyah bagi memohon keberkatan majlis dan sedikit jamuan ringan. Tahniah diucapkan kepada semua yang menerima sijil pada kali ini. Semoga majlis pada kali ini menjadi motivasi dan semangat buat ahli PSSCMUIAM yang lain. 

Pada hari yang sama, sebelah petangnya pula telah diadakan Mesyuarat Agong Perwakilan PSSCM kali ke-40. Seramai 20 orang ahli PSSCMUIAM telah hadir sebagai jawatankuasa bagi membantu kelancaran majlis tersebut.

Trackback from your site.

Leave a comment