Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-43
-4
hours
0
-4
minutes
-3
-5
seconds
-4
-4

Berita Terkini

  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan
  • 30TH ANNUAL GENERAL MEETING PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA IIUM (PSSCMIIUM)

Family Day 2010

Written by webteam on . Posted in Aktiviti, Berita

Bersempena dengan program Minggu Cekak, PSSCMUIAM telah mengadakan program Family Day 2010 sebagai aktiviti penutup Minggu Cekak. Family Day 2010 telah diadakan pada hari Ahad, 1 Ogos 2010 bertempat di Gelanggang Bola Jaring Mahallah Ruqayah.

Antara tetamu yang hadir pada program tersebut ialah YDP PSSCMUIAM, saudara Nor Aiman Sukindar, penyelia kelas latihan Matrikulasi UIA Petaling Jaya, Ustaz Khaharuddin serta tenaga pengajar yang lain.

Program pada kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli-ahli dari Matrikulasi UIA Petaling Jaya seramai 45 orang, Matrikulasi UIA Nilai seramai 16 orang dan UIAM seramai 65 orang. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara ahli-ahli dari Matrikulasi dan Kampus Induk UIA.

Family Day bermula pada jam 8.00 pagi dengan pendaftaran para peserta diikuti oleh ucapan alu-aluan dari Pengarah Program, saudara Mohd Farid B Mohd Fauzi. Program diteruskan lagi dengan senaman pagi dan permainan-permainan yang menarik.

Tepat jam 12.30 tengah hari, slot permainan untuk VIP diadakan diikuti oleh acara penyampaian hadiah kepada kumpulan-kumpulan. Seterusnya, pada pukul 1.00 petang, ucapan penutup daripada YDP PSSCMUIAM, saudara Nor Aiman Sukindar, diikuti dengan ucapan dari wakil penyelia kelas latihan UIA Gombak, Encik Saiful Hazman B Mohd Khalid dan diakhiri dengan ucapan daripada penyelia kelas latihan Matrikulasi UIA PJ, Ustaz Khaharuddin.

Program Family Day 2010 ini berakhir pada pukul 2.00 petang dengan jamuan makan tengah hari. Walaupun peserta-peserta kelihatan penat dan letih, namun rata-rata berpuas hati dengan keseronokan dan kemeriahan program tersebut.

Secara keseluruhannya, program ini telah memberi ruang kepada ahli-ahli untuk berkenalan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain serta dapat memberi kenangan manis kepada semua peserta.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada ahli-ahli penggerak program Family Day 2010 dan harapan agar program ini dapat diteruskan lagi pada sesi akan datang.

Tags:

Trackback from your site.

Leave a comment