Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-71
-4
hours
-1
-1
minutes
-4
-1
seconds
0
-4

Berita Terkini

  • INTRODUCTION ABOUT PSSCM: SLOT 1 – Stanza 3 & 4
  • INTRODUCTION ABOUT PSSCM: SLOT 1 – Stanza 1 & 2

Demonstrasi Silat di Majlis Penutup Karnival Sukan Universiti UIAM

Written by webteam on . Posted in Berita, Demonstrasi

Bersempena dengan Majlis Penutupan Karnival Sukan Universiti UIA (IIUM University Sports Carnival) yang diadakan pada 23 Disember 2009 yang lepas, skuad demo PSSCMUIAM telah dijemput khas untuk mengadakan persembahan demonstrasi.

Majlis penutup ini bermula pada jam 8:30 malam dengan berlangsungnya perarakan kontinjen-kontinjen atlet dengan persembahan masing-masing. Kira-kira jam 10.00 malam, skuad demonstrasi kemudiannya mempersembahkan demonstrasi Silat Cekak sejurus selepas perasmian penutupan majlis.

Majlis penutupan ini dihadiri oleh Rektor UIA iaitu Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid. Seramai 16 orang ahli demo PSSCMUIAM terlibat dalam persembahan demonstrasi kali ini iaitu 8 ahli lelaki dan 8 ahli perempuan.

Wakil dari Jabatan Penerangan PSSCM iaitu Encik Taqiuddin juga hadir pada malam tersebut selain Penyelia PSSCMUIAM, Encik Fuad Bin Arshad dan para jurulatih yang lain.

Jemputan khas yang diberikan oleh pihak universiti ini dilihat sebagai salah satu peluang yang baik untuk PSSCMUIAM mempromosikan Silat Cekak Malaysia di kalangan para pelajar.

Tags:

Trackback from your site.

Leave a comment