Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-58
-5
hours
0
0
minutes
-4
-6
seconds
0
-1

Berita Terkini

  • CEKAK WEEK
  • 𝐂𝐄𝐊𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐇𝐔𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐉𝐀𝐊
  • Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-63
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA (1441H/2020M)

100 Hari Perdana Menteri Malaysia

Written by webteam on . Posted in Berita, Ucapan

Setinggi-tinggi Ucapan Penghargaan dan Tahniah buat YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin, Perdana Menteri Malaysia ke-8.

100 Hari selaku Perdana Menteri Malaysia. Kita dapat menyaksikan bagaimana beliau bersama barisan kabinetnya melalui saat yang sangat sukar, sangat getir, ujian pandemik wabak Covid19 yang telah memberi kesan yang sangat ketara seantero dunia, termasuklah Malaysia.

Bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan, malah turut memberi kesan yang buruk kepada ekonomi Negara.

100 hari yang sangat mencabar. Sangat memberikan tamparan hebat. Namun dengan kecekalan, kebijaksanaan serta langkah proaktif yang diambil, telah banyak memberi impak yang positif kepada Negara.

Rakyat juga banyak diberikan bantuan. Sektor ekonomi juga turut sama tidak dilupakan. Bak kata beliau, “no one is left behind”.

Syabas dan tahniah buat YAB PM dan kami sentiasa mendoakan agar YAB PM sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT, diberikan kemudahan, dikurniakan kesihatan tubuh badan serta dipermudahkan segala urusan untuk terus mentadbir Negara ke arah yang lebih baik.

Trackback from your site.