Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-57
-5
hours
-2
0
minutes
-2
-9
seconds
-2
-2

Berita Terkini

  • 𝐂𝐄𝐊𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐇𝐔𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐉𝐀𝐊
  • Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-63
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA (1441H/2020M)
  • Ulang Tahun Kelahiran YM Datuk Haji Maideen

𝐂𝐄𝐊𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐇𝐔𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐉𝐀𝐊

Written by webteam on . Posted in Berita

BANGSA MELAYU…

Melayu itu tinggi budi bahasanya..
Melayu itu kaya dengan santunnya..
Melayu itu lembut tutur bicaranya..
Melayu itu bijak dalam setiap caturannya..

Suatu ketika dulu…
Melayu itu gah seantero dunia

Siapa yang tidak kenal dengan bangsa Melayu..

Bangsa bertamadun..
Bangsa yang disegani..
Bangsa yang berani..
Pegangan Islam tersemat di hati..

Kini…
Adakah Melayu sama seperti dulu..
Ada yang mengeji dan tak kurang pula yang malu mengaku Melayu..
Tanda jatidiri kian melayu…

Sebagai generasi baru..
Seharusnya kita meneruskan legasi kegemilangan Melayu…
Usah malu, malah berbanggalah..
Darah kita darah Melayu.

16hb September menjadi saksi penubuhan Malaysia..dibawah satu negara pelbagai bangsa dan kaum yang harmoni..

Kebangkitan Melayu seluruh Negeri..
Bangsa Bertanjak Kebangkitan Identiti Tersembunyi..Cekak menyahut semboyan pertiwi

Ayuh semua…
Kita semarakkan Bangsa Bertanjak tanggal 16hb September akan datang..
Sempena Hari Malaysia!

Ayuh kita semarakkan jati diri dan semangat nasionalisme dengan melestarikan pemakaian tengkolok, tanjak, destar, semutar dan berbusana..

Bersama kita raikan keunikan tradisi, kepelbagaian adat, warisan dan budaya bangsa ini sesuai dengan jiwa yang bebas merdeka.

Tampilkan keunikan kita sebagai bangsa yang berbudaya dengan bertanjak dan berbusana…

#bangsabertanjak
#jabatanwarisannegara
#silatcekakmalaysia
#silatcekak55tahun
#panglimaismailpahlawankedah
#bersamabersatu
#kitajagakita

Trackback from your site.