Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-50
-6
hours
0
-3
minutes
-4
-2
seconds
-1
-7

Berita Terkini

  • SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA (1441H/2020M)
  • Ulang Tahun Kelahiran YM Datuk Haji Maideen
  • Malaysia diiktiraf antara 5 Negara terbaik dunia?
  • 100 Hari Perdana Menteri Malaysia

Author Archive

Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI

Written by webteam on . Posted in Berita, Ucapan

Dirgahayu Tuanku.

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pada 08 Jun 2020 bersamaan 16 Syawal 1441H.

Semoga Allah S.W.T lanjutkan usia dan pemerintahan kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI.

Sembah Takzim Daripada : Guru Utama & Presiden bersama Barisan Kepimpinan dan seluruh warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM

Written by webteam on . Posted in Berita, Makluman, Ucapan

3 Jun 2020

11 tahun yang lalu, insan ini telah diamanahkan untuk memikul tanggungjawab selaku Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah.

Inilah insan yang telah begitu banyak berkorban, menyumbang masa, tenaga dan wang ringgit demi kelangsungan perkembangan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

11 tahun beliau memegang tampuk pentadbiran PSSCM, begitu banyak kemajuan dan perkembangan yang telah dikecapi. Baik dari segi persilatan mahupun di bidang pentadbiran Persatuan, diuruskan secara sistematik, hasil garapan idea oleh beliau sendiri.

Pandangannya yang begitu memberangsangkan, perspektif idea yang cukup berkualiti, perlaksanaan setiap perancangan yang dikawal selia oleh beliau sendiri, menjadikan beliau sebagai IDOLA bagi ahli-ahli PSSCM.

Terima kasih YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah atas bimbingan, panduan dan nasihat. Terima kasih kerana sudi memimpin kami. Sesungguhnya tidak terbalas oleh kami, ahli-ahli sekalian.

Hanya doa yang mampu kami titipkan buat YM Datuk, semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat yang bertali-arus dari Allah SWT, diberikan kesihatan tubuh badan, dikurniakan keberkatan usia untuk terus memimpin kami, untuk terus mengemudi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ke arah yang lebih dinamik dan berkualiti.

“True leadership lies in guiding others to success–in ensuring that everyone is performing at their best, doing the work they are pledged to do and doing it well.” –Bill Owens


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN

Written by webteam on . Posted in Berita, Makluman, Ucapan

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UIAM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia serta seisi keluarga.

Semoga lebaran kali ini akan terpahat menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Kekalkan jarak sosial untuk kebaikan kita bersama. Kita mesti menang!

Girang beraya sambutan meriah,

Bergurau senda di waktu pagi,

Meski raya hanya di rumah,

Yang jauh tak lupa kita hubungi.

Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah

Written by webteam on . Posted in Berita, Makluman, Ucapan

Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah buat YBhg. Dr. Luqman bin Hj. Abdullah, di atas pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu.

Semoga YBhg. Dr. sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT hendaknya dan semoga dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai Mufti Wilayah Persekutuan dengan sebaik mungkin.

Ikhlas daripada PSSCMUIAM