Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-46
-7
hours
-1
-3
minutes
-3
0
seconds
-1
-9

Berita Terkini

  • Ulangtahun Ke-11 Pentadbiran PSSCM
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan

Author Archive

Demo Cekak @ Majlis Perasmian penutup MARTIAL’13

Written by Editor PSSCMUIAM on . Posted in Aktiviti, Berita, Demonstrasi

1240297_658504224168136_938146045_n4 Oktober 2013 (Jumaat)- Pada hari ahad yang lalu 29 Sept 2013, satu majlis perasmian penutup telah diadakan bagi program Martial Arts Integration Festivals (MARTIAL’13). Majlis ini telah diadakan di Experimental Hall, UIAM dan PSSCMUIAM telah mengadakan persembahan demonstrasi di majlis tersebut yang bermula jam 11.30 pagi. Demonstrasi kali ini telah diketuai oleh En. Faiz Zainal Amri dengan kekuatan  8 orang lelaki dan juga 8 orang wanita. Persembahan yang ditunjukkan sangat menarik dan bersemangat sekali. Semangat ini dapat dilihat menerusi kepantasan dan kekemasan persembahan yang ditunjukkan oleh setiap ahli pasukan dan seterusnya berjaya menarik perhatian penonton yang memenuhi dewan pada majlis tersebut.

MARTIAL 2013

Written by Editor PSSCMUIAM on . Posted in Aktiviti, Berita, Demonstrasi

28 September 2013(Sabtu) – Martial Arts Integration Festival (MARTIAL’13 ) ialah program yang berlangsung antara kalaborasi seni bela diri yang terdapat di UIAM . Program ini yang  bermula pada 24 september 2013 dan  berlangsung selama 4 hari berturut-turut. Banyak aktiviti yang disediakan  untuk program  yang  berlangsung selama hampir seminggu ini . PSSCMUIAM juga telah membuka booth / kaunter pameran dan pengambilan ahli baru bersempena dengan program tersebut . 

Demonstrasi ‘Cultural Night’ MARTIAL’13

Written by Editor PSSCMUIAM on . Posted in Berita, Demonstrasi

MAFEST'13

 

27 Sept 2013 (Sabtu) – Pada hari Rabu yang lepas bersamaan 25 September 2013, skuad demo PSSCMUIAM telah dijemput untuk mengadakan sebuah persembahan demonstrasi di Experimental Hall sempena dengan ‘Cultural Night’ oleh IIUM Martial Art Integration Festival 2013 atau dikenali sebagai MARTIAL’13.

‘Cultural Night’ tersebut merupakan program kemuncak MARTIAL’13 dimana wujudnya kolaborasi antara semua kelab dan persatuan seni mempertahankan diri yang berdaftar di bawah Pusat Sukan & Rekreasi UIAM Gombak. Selain daripada PSSCMUIAM, program ini juga disertai dengan persembahan demonstrasi dari Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi, Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia, Shito Ryu Karate Do, Capoiera, Kelab Taekwondo, dan Kelab Aikido.

Menariknya, persembahan demonstrasi PSSCMUIAM ini merupakan demonstrasi pertama bagi semester 1 sesi 2013/2014. Skuad demonstrasi PSSCMUIAM malam itu diketuai oleh saudara Syafiq Hakim Samsudin dan disertai oleh seramai 20 ahli skuad. Semangat yang ditunjukkan oleh setiap ahli pasukan menerusi kepantasan dan kekemasan persembahan berjaya menarik perhatian penonton yang memenuhi dewan pada malam itu. Diharapkan penglibatan ini dapat membantu PSSCMUIAM mempersembahkan Seni Silat Cekak Malaysia kepada warga UIAM, sekaligus mempromosikan sambutan 25 Tahun Perayaan Jubli Perak dan juga pengambilan ahli baru.  Skuad Demo MARTIAL'13

Majlis Forum dan Ceramah Perdana UPSI 2013

Written by Editor PSSCMUIAM on . Posted in Aktiviti, Berita

972426_444404135673641_1454242197_n24September2013,(Selasa)- 21September 2013,PSSCM UPSI telah mengadakan Majlis Forum dan Ceramah Perdana UPSI 2013.PSSCMUIAM turut dijemput untuk mengahadiri majlis tersebut .Seramai 20 orang ahli tamat telah menghadiri majlis tersebut  beserta 2 tenaga pengajar menghadiri  Majlis Forum dan Ceramah Perdana UPSI 2013 yang berlangsung selama sehari yang bermula pada pukul 9 pagi  dan berakhir pada pukul 6petang.