Perayaan 30 Tahun PSSCMUIAM

days
0
-43
-4
hours
0
-4
minutes
-2
-3
seconds
0
-5

Berita Terkini

  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (1441H/2020M) MAAF ZAHIR DAN BATIN
  • Setinggi Tahniah Kepada Dr. Luqman bin Hj. Abdullah
  • Guru Cahaya Kehidupan, Menyinari Kegelapan
  • 30TH ANNUAL GENERAL MEETING PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA IIUM (PSSCMIIUM)

LIMAU PURUT

Written by webteam on . Posted in Artikel, Penulisan

LIMAU PURUT

Bangsa Melayu merupakan bangsa yang kaya dengan budaya dan adat resam. Meskipun ada beberapa adat yang nampaknya becanggah dengan syariat Islam, namun ada antaranya yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Malah, memberi manfaat pula kepada kehidupan seharian. Artikel  kali ini berkisar tentang limau purut.  Citrus hystrix  atau mudah disebut dengan nama limau purut merupakan sejenis limau yang dipercayai berasal dari Indonesia. Namun begitu, sejak dari dulu lagi sememangnya ia ditanam di kebanyakan negara di Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand. Limau purut merupakan sejenis pokok buahan yang tidak bermusim dan boleh didapati sepanjang tahun. Dilengkapi dengan kulit yang menggerutu, berwarna hijau dan daun yang  mengeluarkan haruman yang unik. Buahnya merupakan sejenis buah yang  masam dengan kadar keasidan yang tinggi. Daunnya yang berbau wangi kebiasaannya digunakan sebagai bahan yang digunakan di dalam masakan negara-negara di Asia Tenggara, terutamanya di Thailand. Sememangnya daun limau purut boleh dikatakan ‘bahan wajib’ untuk membuat Tom Yam.

Sebelum adanya  sabun-sabun mandi pelbagai haruman dan jenama, limau purut merupakan salah satu bahan utama yang digunakan oleh masyarakat melayu pada zaman dahulu kala. Ia acap kali digunakan sebagai pewangi  badan  serta bertujuan seolah-olah seperti sabun untuk mengeluarkan daki-daki pada badan ketika mandi. Limau purut juga sangat bagus digunakan untuk tujuan kesihatan. Dalam kehidupan seharian,  sekiranya batuk, adalah elok juga untuk mengamalkan makan madu dan dicampur dengan perahan limau purut. Limau dan madu itu hanya sebagai asbab dan usaha kita, tetapi atas kehendak ALLAH jualah yang menyembuhkan segala penyakit.

Kandungan utama daun limau purut adalah sejenis citronella iaitu aldehid. Ia secara umumnya dikenali mampu memberikan ketenangan kepada system  saraf. Kelebihan yang dimilikinya menyebabkan ia sesuai digunakan untuk tujuan aromaterapi  yang  merupakan rawatan yang berkonsepkan hubungan alam semulajadi (haruman limau purut) dengan perasaan manusia yang telah sedia wujud  di dalam minda. Ini kerana secara semulajadi,  bau-bauan harum mampu memeberi ketenangan kepada perasaan seseorang

secara positif serta membantu mengubati penyakit. Tambahan  pula,  terdapat kajian yang dilakukan untuk menguji keberkesanan minyak  yang diekstrak daripada

daun limau purut keatas tekanan darah dan kadar denyutan jantung tikus.

Jika dilihat dengan mata kasar, pokok limau purut adalah sejenis tumbuhan yang unik. Bukan sahaja mempunyai haruman yang unik, daun limau purut juga mempunyai batang kecil yang menyambungkan diantara dua cabang daun yang lain dan berbentuk seakan nombor lapan. Batang dan rantingnya pula mempunyai duri-duri kasar yang agak besar. Semua ini adalah antara kelebihan pokok daun limau purut.

Di dalam amalan silat Cekak, penggunaan limau tersebut hanyalah satu asbab sahaja yang lebih kepada kaedah asal orang melayu zaman dahulu yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Sungguhpun begitu, doa dan permohonan tetap juga dipanjatkan kepada  ALLAH  s.w.t dengan kehendak dan izin-Nya jua.

Sesungguhnya, segala apa yang dijadikan oleh Allah ada kegunaannya tersendiri dan bukan sekadar perhiasaan dunia semata-mata. Hanya manusia yang berfikir sahaja dapat mengetahui dan memanfaatkan kelebihan tersebut. Nenek Moyang dan orang-orang terdahulu daripada kita yang adalah orang yang sangat bijaksana, kerana dengan kebijaksanaan merekalah kita dapat hidup dalam kehidupan yang serba moden sekarang ini. Namun begitu manfaat dari warisan masa dahulu tidak sesekali dilupakan.

 

CheAwang, C. R. (2007). Kesan Minyak Esensial  Citrus Spp Ke Atas Sistem Kardiovaskular

Tikus Serta  Kesan Antiresah Dan Antidepresi Pada Mencit.

Haiyee,Z. A.,Winitkitcharoen,C. (2012). Extraction Of Volatile Oil From Kaffir Lime Leaves (Citrus hystrix) Using Pressurised Liquid Extraction.International Journal of Food, Nutrition & Public Health.Vol. 5. 201-210

 

Trackback from your site.

Leave a comment