Berita Terkini

Sejarah & Pengenalan

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PSSCMUIAM) telah ditubuhkan pada tahun 1988.

Pada masa itu, Pusat Matrikulasi UIAM terletak di seksyen 15 Subang Jaya bersebelahan dengan Kelas Persediaan Pelajar (KPP) Subang Jaya. Kini Kolej Inti didirikan di tempat tersebut. Perjalanan Silat Cekak di KPP pada masa itu telah menarik minat pelajar-pelajar UIA dengan ijazah pertama seramai 60 orang pelajar.Antara yang terlibat dalam menubuhkan PSSCMUIAM pada masa itu adalah En. Zaidi Bin Mat Tu, salah seorang pelajar KPP pada masa itu.

Pada tahun 1989, Pusat Matrikulasi UIAM Subang Jaya telah berpindah ke Kampus Lembah Pantai. Pada tahun yang sama, pelajar UIA yang ditelah diijazahkan pada kelas pertama telah melanjutkan pelajaran ke Kampus Induk di Seksyen 17 Petaling Jaya. Oleh yang demikian, Silat Cekak sekali lagi perlu didaftarkan semula. Seramai 47 orang berjaya diijazahkan untuk kelas yang pertama di Kampus Induk. Silat Cekak di UIA terus mengorak langkah ke hadapan dan terus mencipta nama.

Tahun 2012 genaplah 25 tahun usia PSSCMUIAM sejak ia ditubuhkan pada tahun 1988. Alhamdulillah, setelah mengharungi pelbagai cabaran, ujian dan halangan, persatuan ini masih boleh berdiri teguh berdiri sebagai salah satu daripada persatuan beladiri yang paling aktif di UIAM. PSSCMUIAM merupakan persatuan beladiri yang bergerak di bawah penyeliaan UNIT SUKAN DAN REKREASI UIAM. Bergerak aktif dengan keahlian berdaftar semasa yang berjumlah kira-kira 400 orang dan seramai 150 daripada jumlah tersebut merupakan ahli yang aktif.

Persatuan ini juga bukan sahaja berjaya menganjurkan aktiviti-aktiviti berbetuk persilatan, malah program-program yang berbentuk ilmiah seperti Seminar Ulama’ Berjiwa yang bertaraf nasional seperti program Lawatan ke Borneo, Seminar Penghayatan Cekak dan program-program motivasi. Selain itu, PSSCMUIAM juga terus mendapat sambutan yang baik dari warga UIAM, termasuklah dari pelajar-pelajar antarabangsa. Ternyata, kewujudan Silat Cekak di UIA berjaya menjadikan ia sebagai salah satu daripada badan yang mampu mengangkat dan memartabatkan budaya Melayu di mata dunia seterusnya di persada antarabangsa.

Leave a comment