Berita Terkini

Makan Malam Alumni PSSCMUIAM 2015

 

              PSSCMIIUM Alumni Commemoration Dinner ialah majlis makan malam bersama alumi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PSSCMUIAM). Objektif majlis ini diadakan untuk mengumpulkan kembali para alumni dalam sebuah majlis dan menghargai segala usaha mereka dalam membangunkan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang telah bertapak selama 25 tahun. Di samping itu, majlis ini juga diadakan untuk mengeratkan hubungan antara para alumni dan pelajar khususnya ahli PSSCMUIAM.

Bersempena dengan Sambutan Jubli Perak PSSCMUIAM, maka majlis makan malam ini akan menjadi program penutup sambutan ini. Majlis makan malam ini diadakan pada 21 Mac 2015, Sabtu bermula pada jam 8 malam bertempat di Dewan Utama Cultural Activity Centre (CAC) UIAM.

Majlis yang gilang gemilang ini akan dirasmikan oleh Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) iaitu Tan Sri Rais Yatim. Malam yang bersejarah ini disempurnakan lagi dengan kehadiran Yang Mulia Guru Utama dan Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah. Turut hadir sebagai jemputan khas ialah Rektor UIAM, Prof. Datuk Sri Zaleha binti Kamaruddin; Timbalan Rektor bahagian Hal Ehwal Pelajar, Prof. Datuk Dr. Mizan Hitam, Timbalan Rektor bahagian Pengantarabnagsaan & Industri dan Perhubungan Komuniti, Prof. Dr, Abdelaziz Berghout dan Dato’ Reezal Merican sebagai wakil besar alumni PSSCMUIAM.

Dijangkakan seramai 450 orang akan memenuhi dan memeriahkan majlis tersebut. Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM juga diundang sebagai tetamu khas selain pengarah-pengarah jabatan pentadbiran UIAM termasuklah Alumni Career and Services sebagai jabatan yang membantu merealisasikan PSSCMIIUM Alumni Commemoration Dinner ini. Selain para alumni PSSCMUIAM, pelajar UIAM yang merupakan ahli PSSCM daripada Kampus Gombak, Kuantan, Petaling Jaya dan Gambang juga dijemput hadir untuk membina silaturrahim dengan para alumni.

Makan Malam Facebook Cover (1)

Leave a comment